SUNGAI PETANI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diarah menyediakan laporan lengkap dan terperinci berhubung rampasan 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu laporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara.
"Tentang bagaimana penyeludupan besar dadah ke Australia yang mengaibkan kalau dibuktikan sah penyeludupan besar-besar itu dari Pelabuhan Klang, Selangor. Soalnya bagaimana boleh dalam sistem yang canggih sekarang ini boleh bolos begitu besar jumlahnya.
Jadi saya dah minta pihak kastam yang bertanggungjawab untuk memberikan laporan penuh tentang punca apa yang berlaku, bagaimana dah 12, 16 kali hal demikian berlaku sehingga ditangkap di Australia dan menunjukan kelemahan sistem kita yang mesti diatasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI di sini hari ini.
Anwar berkata beliau turut mengarahkan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk membantu siasatan dan mahu laporan penuh dan lengkap dibentangkan bagi memastikan penyeludupan seumpama itu dihalang daripada berulang.
Menurut beliau, perkara itu bukan soal kecil atau berkaitan jumlah dadah yang diseludup bernilai ratusan juta semata-mata, tetapi yang ditekankan adalah kelemahan dalam sistem keselamatan negara.
"Dalam soal kita berbicara soal tata kelola pengurusan kerajaan yang baik, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, hal-hal begini masih berlaku. Oleh demikian kita tidak harus tolak ansur, kita harus lebih keras tindakan kita terhadap penjenayah," katanya.
Pada 10 April lepas, media melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kg heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lepas.
Dadah itu dilaporkan disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500kg dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.
Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di bawah KDN bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan peranan penting dalam menjamin keselamatan negara.
"Benar kita catat pertumbuhan, benar kita dapat adakan pilihan raya yang bebas, benar kita boleh hidup dengan selesa, tetapi jangan kita lupa bahawa ini berkat keamanan yang kita capai dan tonggaknya pasukan polis dan pasukan keselamatan," katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu laporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara. -BERNAMA
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan
Seorang penyeludup lelaki telah melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan, ketika operasi penguatkuasaan membanteras penyeludupan petrol dan diesel di Tumpat, pada Rabu.
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah
Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,150.
Kastam rampas alat mainan seks bernilai RM2.04 juta
JKDM menjalankan serbuan menerusi Ops Publika di gudang yang dipercayai telah beroperasi tiga tahun itu pada 1 tengah hari hasil maklumat risikan dan aduan awam.
Op Samba 2.0: Dua pegawai kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam dihadapkan berhadapan 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
Op Samba: 23 anggota dan pegawai kastam akan dituduh
SPRM memaklumkan setakat ini dua pegawai kastam telah dituduh di mahkamah selepas ditahan menerusi Op Samba 2.0.
Kastam rampas 154 kg methaphetamine, empat lelaki ditahan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 154 kilogram methaphetamine bernilai RM5 juta dan menahan empat lelaki warga tempatan di tiga lokasi pada 14 Mei lepas.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.