Menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Khamis, Ismail Sabri berkata kelulusan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak yang akan tercicir.
"Alhamdulillah! #Bajet2022 peringkat dasar telah pun diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.... Tiada siapa akan terpinggir," katanya.
Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Ismail Sabri diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam apabila lebih suara bersetuju selepas undian suara dijalankan.
Sumber Facebook ismailsabri60
-- BERNAMA