KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga penyelaras AKM Kelantan.
AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital membuka tirai semalam hingga esok, bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di negeri ini dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara.
Menerusi pengisian program daripada 26 kementerian, warga Kelantan yang datang sepanjang tiga hari program jelajah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Bagi memudahkan pergerakan Keluarga Malaysia di Kelantan datang berkunjung ke program jelajah, perkhidmatan bas perantara (shuttle bus) percuma disediakan di empat lokasi iaitu Zon A: Parkir Pejabat Kebudayaan Kelantan, Zon B: Masjid Kubang Kerian, Zon C: RTC Tunjong dan ZON D: Dataran Lembah Sireh (Lotus's).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Perdana Menteri tiba bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AKM Kelantan: 'Sampai RM12,000' - Ramai terkejut dapat tahu miliki wang tidak dituntut
Seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).

PM hadir di AKM Kelantan
Perdana Menteri tiba di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.