KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 sehingga 15,000 peserta dijangka berjalan bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam program 'Berjalan Teguh Bersama' sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada 30 Julai ini di Dataran Putrajaya.
Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Hashim Bedu berkata program berjalan kaki sejauh 2.7 kilometer (km) sekitar Putrajaya itu akan sempurnakan dan disertai sendiri oleh Perdana Menteri.
"Program Berjalan Teguh Bersama sejauh 2.7 km itu akan bermula di Dataran Putrajaya menuju ke check point (tempat pemeriksaan) pertama iaitu Pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan, kemudian ke Monumen Alaf Baru seterusnya ke Jabatan Pendaftaran Negara dan berakhir di Istana Kehakiman Putrajaya," katanya dalam program 'Malaysia Petang Ini' terbitan BernamaTV hari ini.
Tambahnya, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan di setiap tempat pemeriksaan program berkenaan.
"Di setiap check point akan ada aktiviti menarik seperti persembahan muzik, persembahan irama Borneo dan persembahan pancaragam sekolah. Begitu juga akan ada maskot Upin dan Ipin serta Boboiboy selain disediakan kaunter minuman dan sebagainya," katanya.
Hashim berkata program 'Berjalan Teguh Bersama' tersebut berkonsepkan aktiviti berjalan secara santai bersama keluarga yang membawa mesej semangat perpaduan dan juga kebersamaan rakyat Malaysia sebagai 'Keluarga Malaysia'," katanya.
"Perdana Menteri sendiri turut menyertai program berjalan kaki berkenaan dan secara tidak langsung membuktikan semangat perpaduan kerajaan bersama rakyat meraikan sambutan Bulan Kebangsaan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata 5,000 peserta terawal akan menerima kemeja-T dan berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah.
"Bagi yang terlepas peluang (sebagai peserta terawal) saya harap kita dapat menyertai program ini dengan memakai kemeja-T berwarna merah supaya kita senada dan seiring bersama-sama berwarna merah bersama keluarga masing-masing. Jadi ayuh datang awal," katanya.
Selain itu, beliau berkata pada sambutan tahun ini, pihaknya juga menganjurkan program Kembara Jalur Gemilang Keluarga Malaysia 2022 melibatkan sebanyak 412 pacuan empat roda disertai seramai 600 peserta.
Katanya kembara berkenaan berkonsepkan 'pass baton' yang membawa baton Jalur Gemilang ke seluruh negara hingga Sabah dan Sarawak.
"Baton tersebut akan diserahkan di setiap sempadan negeri yang akan bermula pada 30 Julai (Istana Kehakiman Putrajaya) dan berakhir pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Program berjalan kaki sejauh 2.7 kilometer (km) sekitar Putrajaya itu akan sempurnakan dan disertai sendiri oleh Perdana Menteri. - Gambar/ Bernama
Kemaman dijangka kembali banjir susulan hujan lebat berterusan
Kawasan dijangka terjejas akibat hujan tahap buruk itu ialah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Tebak Batu 16 dan Jambatan Air putih.
Nahas Jeju Air: Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Park selaku Menteri bertanggungjawab memantau hal ehwal penerbangan memohon maaf serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Pelarasan Cuti: Impak positif kepada pelbagai sektor di Johor
Astro AWANI meninjau pandangan dalam kalangan warga Johor mengenai pelasaran cuti hujung minggu kepada Sabtu Ahad bermula 1 Januari 2025 ini.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
AWANI Ringkas: Masih ada lori 'tayar botak' berani beroperasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Nahas Jeju Air: Semua kecuali dua mangsa dianggap meninggal dunia
Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 96 kematian disahkan setakat ini.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.