KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh agensi kerajaan dalam tempoh lapan bulan beliau mentadbir negara.
Mengambil contoh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), beliau berkata agensi di bawah Kementerian Kewangan itu telah mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusannya.
"Saya dah hampir lapan bulan dalam kerajaan, mengetuai negara ini, saya bangga, saya meneropong, menelusuri setiap agensi dan minta dipantau teliti kalau ada apa-apa kekurangan, ketirisan, kerosakan, terutama berskala besar.
"Dan syukur Alhamdulillah, setakat ini AmanahRaya prestasinya baik dan saya harap semangat ini dikekalkan kerana ia tidak hanya terletak kepada pimpinan sahaja malah seluruh jentera juga harus menjamin kebersihan (AmanahRaya)," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 AmanahRaya dan pelancaran logo khas 100 tahun agensi itu di Bukit Kiara hari ini.
Anwar juga berkata AmanahRaya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memegang amanah golongan miskin, orang kurang upaya dan anak yatim.
Beliau berkata ini kerana mereka yang tidak memikul tanggungjawab terhadap golongan itu dengan baik dianggap melakukan satu khianat dan berdusta kepada agama.
Perdana Menteri juga mahu semua pihak bersedia untuk bersama-sama beliau melakukan anjakan paradigma dalam usaha mengangkat martabat negara.
Beliau berkata perubahan ke arah kebaikan itu adalah perkara yang dituntut oleh Islam bagi meninggalkan aspek buruk yang merosakkan negara.
Anwar berkata semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa dunia berubah sekali gus menuntut beberapa tindakan baharu dan meneruskan beberapa ciri positif selain meninggalkan aspek buruk serta lama.
"Dalam konteks agama Islam, perubahan ini dituntut dan mesti tercetus daripada hati nurani serta jiwa murni," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Anwar berkata AmanahRaya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memegang amanah golongan miskin, orang kurang upaya dan anak yatim. - Gambar Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.