PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah pada Khamis menekankan mengenai keperluan untuk ASEAN kekal bersatu dan relevan.
Ini adalah untuk mengekalkan peranan utama ASEAN sebagai kuasa penggerak utama yang berkesan dan responsif dalam menangani peluang dan cabaran masa depan.
Kedua-dua pemimpin berkata demikian dalam satu kenyataan bersama selepas Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei ke-24 di Putrajaya.
"Mereka seterusnya menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN dan mengekalkan pendekatan pandangan luar ASEAN berdasarkan kepentingan dan faedah bersama untuk memajukan lagi usaha pembinaan Komuniti ASEAN," menurut kenyataan itu.
Selain itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan perkembangan terkini di Myanmar dan menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan yang berterusan di negara itu.
"Kedua-dua pemimpin menyeru Myanmar untuk melaksanakan sepenuhnya Konsensus Lima Perkara (5PC) dan mengulangi pendirian bersatu bahawa 5PC kekal sebagai rujukan utama ASEAN untuk menangani krisis politik di Myanmar," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin turut mengesahkan komitmen untuk bekerjasama rapat dalam ASEAN dan rakan kongsi luar yang lain, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menggalakkan kemajuan dalam pelaksanaan 5PC secara keseluruhannya, selaras dengan keputusan pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, dengan matlamat akhir mencari penyelesaian yang aman dan berkekalan, demi kepentingan rakyat Myanmar.
Selain itu, kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai situasi di wilayah Palestin yang diduduki dan menyuarakan kebimbangan mereka memandangkan tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 Nakba, menurut kenyataan itu.
Nakba merujuk kepada pengusiran besar-besaran rakyat Palestin semasa perang Arab-Israel 1948.
"Para Pemimpin menyeru Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan anggota masyarakat antarabangsa untuk menuntut pihak yang menduduki menghentikan jenayah kejam terhadap kemanusiaan serta dasar apartheid terhadap rakyat Palestin, dengan tujuan untuk menamatkan pendudukan dan mencapai keamanan yang menyeluruh dan berkekalan di Timur Tengah, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan semua resolusi UNSC yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin turut menegaskan semula pendirian mereka yang tidak berbelah bahagi bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Sultan Hasanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha tiba pada Rabu untuk lawatan negara tiga hari ke Malaysia sehingga Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Anwar ketika sesi perbincangan bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Majlis Pertukaran Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) sempena lawatan negara Sultan Brunei ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana, 3 Ogos. -Bernama
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesihatan Prabowo: Teddy Indra Wijaya perlu telus tentang situasi sebenar
Percanggahan alasan dari Setiausaha Kabinet Indonesia tentang pembatalan lawatan Prabowo menimbulkan persoalan di kalangan media
Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa
Beliau mendoakan agar mereka yang terkorban diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.