ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di sini pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.
Bandar Masdar terletak enam kilometer dari lapangan terbang Abu Dhabi. Bandar itu yang juga zon bebas, direka menjadi hab perniagaan dan destinasi untuk syarikat teknologi bersih.
Projek yang dimulakan pada 2008, Masdar ialah visi perintis Abu Dhabi tentang sebuah bandar masa depan. Masdar yang bermatlamat menjadi bandar raya eko paling lestari di dunia, menjadi peneraju dalam membangunkan cetakan hijau bagaimana bandar dapat menampung perbandaran yang pesat dan mengurangkan tenaga, air dan sisa secara mendadak.
Anwar turut dijadualkan melawat Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Sheikh Zayed.
Lawatan itu akan diakhiri dengan Sesi Bersama Rakyat Malaysia di sini dan beliau akan bertemu dengan rakyat Malaysia yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Anwar tiba di sini pada Khamis untuk lawatan kerja dua hari ke UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE Sultan Ahmed Al Jaber ketika melawat Masdar City dan Mohamed Bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI), hari ini. - Foto Bernama
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mematuhi etika berpakaian pada sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.
Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM
Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95.
KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup (KSH) rakyat telah diubah suai, bagi memastikan ia selari dengan perkembangan semasa negara.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi atau program KPT - KPM
KPM berkata tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM.
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.