NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu pemimpin dan kapten industri dari sekurang-kurangnya lima negara semasa lawatan kerja beliau ke sini dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia selain menarik pelaburan ke negara ini.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Anwar, yang dijadual menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada Jumaat ini, akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin dari Turki, Iran, Sri Lanka, Thailand dan Iraq.
Zambry berkata Anwar juga akan bertemu bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clark, yang kini merupakan Pengerusi Lembaga Inisiatif Ketelusan Industri Ekstraktif (Chair of the Extractive Industries Transparency Initiative Board), piawaian global bagi tadbir urus baik dalam industri minyak, gas dan mineral.
"Jadual Perdana Menteri amat padat sejurus tiba di sini pada Rabu bermula dengan mesyuarat dua hala bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. Malah kita terus mendapat permintaan daripada negara lain untuk bertemu beliau," katanya.
Bercakap kepada media di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, Zambry berkata mesyuarat dengan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan mereka dan meneroka bidang kerjasama baharu.
"Iraq ingin belajar daripada kita dalam usaha mereka meneruskan usaha membina semula negara pascaperang. Ini merupakan peluang luas buat kita dalam bidang seperti petroleum dan gas," kata Zambry yang berkunjung ke negara itu bulan lepas.
Iraq merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar dalam kalangan negara Timur Tengah dengan nilai dagangan tahun lepas sebanyak RM4.68 bilion (AS$1.07 bilion), meningkat 24.3 peratus berbanding RM3.76 bilion (AS$0.91 bilion) pada 2021.
Pada Khamis, Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York, kata Zambry.
Pada hari sama, Anwar akan menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.
Menurut Zambry, pada sesi itu Perdana Menteri dijangka membincangkan hubungan Malaysia-AS, kesan persaingan AS-China terhadap Malaysia serta kepentingan diplomasi Malaysia di Asia Tenggara.
Semasa di New York, Perdana Menteri juga dijadual ditemu bual oleh Christiane Amanpour dari CNN pada Rabu dan Bloomberg pada keesokan harinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Anwar juga dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York. - Foto fail/REUTERS
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
Delegasi Turkiye dan lain-lain keluar Perhimpunan Agung PBB, protes PM Israel
Delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.
'Saya hairan tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin' - Mohamad
Mohamad menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar di saat dunia sedang berusaha mencari penyelesaian.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Ancaman rentas sempadan, tindakan kolektif dunia diperlukan tangani isu Myanmar – Mohamad Hasan
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.
UNGA 79: Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin
Kuasa veto tidak seharusnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.
UNGA 79: “Ucapan terakhir Biden, retorik biasa, kita tidak terlalu berharap” - Mohamad
Menteri Luar sifatkan penampilan terakhir Presiden AS di UNGA sekadar public consumption.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.