KUALA LUMPUR: Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjaya melahirkan 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi kursus keusahawanan yang ditawarkan tahun ini.
Ketua Pengarah JKM Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, kebanyakan mereka menceburi perniagaan makanan selepas mengikuti kursus ditawarkan PLPP seperti kursus asas keusahawanan, forensik perniagaan dan program bimbingan dan pementoran.
Beliau berkata dalam memastikan setiap OKU dilengkapi pengetahuan keusahawanan, mereka bukan hanya diberikan bantuan dan tunjuk ajar melalui seminar, malah dibimbing secara semuka bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Menurutnya PLPP Bangi juga telah menubuhkan bahagian keusahawanan yang bertanggungjawab menyediakan sokongan diperlukan, meluaskan rangkaian serta menjalinkan kerjasama erat bersama pemain industri, institut keusahawanan dan pihak-pihak berkepentingan.
"Kejayaan ini membuktikan JKM menerusi PLPP Bangi peka dengan keperluan pelajar serta komuniti OKU, lebih-lebih lagi bidang keusahawanan kini menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain itu, Shaharuddin berkata PLPP Bangi turut menyediakan empat kursus pendek kepada 60 OKU tahun ini dalam melaksanakan rekayasa semula (reengineering) latihan sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 kepada golongan itu.
Beliau berkata program yang bermula Julai lepas itu terbahagi kepada kursus urutan tradisional lelaki dan bekam, kursus penggayaan rambut lelaki, kursus penjagaan kulit dan resdung serta kursus kraf kayu, yang masing-masing disertai 15 OKU.
"Untuk terus berdaya saing dan relevan, PLPP akan menawarkan kursus-kursus jangka pendek di masa akan datang. Ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai OKU mengikuti kursus yang memenuhi pasaran pekerjaan dalam industri serta memberi peluang membina perniagaan sendiri dengan kemahiran yang mereka peroleh," katanya.
Sementara itu, Shaharuddin berkata PLPP turut mewujudkan Bahagian Sokongan Pekerjaan di bawah sektor perkhidmatan sokongan dan keusahawanan yang merupakan tunjang utama bagi OKU serta bekas pelajar PLPP membuat persiapan selain persediaan memasuki alam pekerjaan.
Beliau berkata Bahagian Sokongan Pekerjaan tersebut dibahagikan kepada tiga unit iaitu unit penempatan pekerjaan, unit transisi kerjaya dan unit advokasi melaksanakan program kesedaran OKU kepada komuniti luar.
"Fungsi unit-unit ini antaranya mewujudkan hubungan dengan bakal majikan atau agensi kerajaan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang membuka peluang pekerjaan kepada OKU selain menyokong OKU meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, kepimpinan serta sahsiah diri," katanya.
PLPP yang ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kepada OKU melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan telah melahirkan 2,220 lepasan OKU sejak pusat itu beroperasi sepenuhnya pada 1999 dan pengambilan pelajar pada 2000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

PLPP yang ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kepada OKU melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan telah melahirkan 2,220 lepasan OKU sejak pusat itu beroperasi. - Gambar JKM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.