KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilihat mampu menjadi teras dalam melahirkan pewaris negara yang kaya nilai perpaduan, integriti dan insaniah.
Rata-rata pakar dan bekas pelatih PLKN berpandangan inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya dan penting, memandangkan generasi muda hari ini terdedah kepada pelbagai pengaruh asing negatif susulan perkembangan teknologi.
Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed berkata sebuah program bersepadu pada peringkat kebangsaan seperti PLKN amat diperlukan bagi membentuk semangat nasionalisme mengikut acuan negara.
"Kita tidak mahu golongan belia yang ada terus hanyut dan menjadi hamba 'gadget' tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di negara kita atau di sekeliling mereka. Saya yakin program sebegini mampu menyedarkan belia tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
"Ini juga membantu membentuk mereka menjadi warganegara yang bersemangat waja dan memiliki jati diri yang tinggi serta kalis cabaran masa hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Noor Mohamad Shakil berpendapat penyediaan modul latihan dan pembelajaran PLKN 3.0 perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan ia lebih holistik dan memenuhi keperluan dalam mendepani cabaran masa kini.
Menurutnya, selain latihan berkonsepkan ketenteraan, penyediaan modul seperti modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti perlu diberi nafas baharu khususnya dalam aspek menghormati Perlembagaan Persekutuan, isu-isu membabitkan 3R (institusi raja, agama, bangsa) dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dalam negara.
Pada 9 Okt lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kerajaan akan meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera.
Beliau berkata terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung seramai 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.
Mengenai cadangan penglibatan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai jurulatih dalam PLKN, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM Dr Mohammad Nidzam Abd Kadir berkata ia merupakan usaha yang baik dalam menerapkan nilai-nilai disiplin dalam kalangan pelatih.
"Pemilihan peserta juga tidak sepatutnya dilakukan secara rawak. Perlu ada kriteria tertentu. Kalau pelajar sudah baik akhlaknya wajar dikeluarkan daripada senarai peserta. Pemilihan juga perlu melibatkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, sebagai salah satu usaha pembentukan diri pelajar," katanya.
Mohammad Nidzam berkata tempoh pelaksanaan PLKN selama 45 hari juga dilihat memadai namun kandungan modul dan pelaksanaannya perlu diberi tumpuan dan pengubahsuaian agar latihan yang dijalankan berkualiti.
Sementara itu, kakitangan swasta Amiry Fahmi Muhammad Adnan, 31, berkata PLKN membantu membentuk sahsiah dan jati diri yang positif dalam kalangan belia, sekali gus dilihat mampu melahirkan generasi muda yang tidak 'manja'.
"Ia merupakan platform terbaik dalam menerapkan nilai-nilai patriotisme dan perkongsian ilmu-ilmu 'survival skill' yang sukar dipelajari pada hari ini. PLKN juga mendidik anak bangsa tentang ilmu dan seni dalam mempertahankan negara.
"Mengambil contoh negara asing seperti Korea Selatan, latihan kenegaraan ini amat dititikberatkan pelaksanaannya. Bahkan, mereka (rakyat Korea Selatan) di sana perlu memperbaharui ilmu dan pas latihan kenegaraan dalam tempoh masa tertentu," katanya yang menyertai PLKN pada 2010.
Bagi petugas sebuah badan berkanun Aina Natasya Zamri, 29, beliau mencadangkan agar PLKN 3.0 diwajibkan kepada golongan lelaki sahaja bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial susulan pergaulan bebas yang mungkin berlaku sepanjang tempoh latihan.
Menurutnya, pengasingan pusat latihan antara pelatih lelaki dan perempuan juga adalah langkah baik yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko gejala sosial, agar latihan kenegaraan itu lebih efisien dan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

PLKN amat diperlukan bagi membentuk semangat nasionalisme mengikut acuan negara. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.

Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.

COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.

PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.

Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.

Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.

Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.