KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa Kongres Nasional PKR ke-15 yang dijadual Ahad boleh ditangguhkan sehingga 30 Jun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Rabin Basir berkata ia berdasarkan pandangan yang diterima parti berkenaan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan perkara itu.
"Dalam satu surat dihantar kepada pengurusan PKR, MKN telah memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan juga pandangan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), Kongres Nasional PKR boleh dilaksanakan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.
"Walau bagaimanapun, oleh kerana PKR telah mendapat pandangan daripada RoS bahawa mereka boleh menangguhkan kongres mereka sehingga 30 Jun ini, MKN melihat pandangan tersebut lebih sah bergantung kepada keadaan semasa iaitu kita sedang melaksanakan sekatan pergerakan penuh," katanya ketika dihubungi Bernama TV pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Kongres Nasional PKR secara dalam talian pada Ahad.
Terdahulu Pengarah Kongres Nasional PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan PKR telah menerima surat daripada MKN dan makluman lisan daripada RoS, masing-masing pada jam 6.21 petang Jumaat yang mengarahkan tersebut ditangguhkan.
BACA: Kongres Nasional PKR 2020 ditangguhkan, MKN hantar surat
Tanpa memperincikan sebab persidangan berkenaan diarah ditangguhkan, Setiausaha Pengelola PKR itu berkata arahan terbaharu itu bertentangan dengan surat MKN bertarikh 27 Mei lepas menyatakan tiada halangan terhadap penganjuran kongres yang diadakan sepenuhnya dalam talian.
"PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
"Butiran keputusan akan diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khas menerusi Facebook parti pada jam 11 pagi esok," katanya yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.
Semalam telah berlangsung persidangan secara maya melibatkan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
MKN menjelaskan bahawa Kongres Nasional PKR ke-15 yang dijadual Ahad boleh ditangguhkan sehingga 30 Jun.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.