KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu bulan depan.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau optimis Kerajaan Perpaduan, mempunyai peluang yang baik untuk meraih kemenangan berikutan jumlah majoriti 1,563 undi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Negeri Ogos lepas, tidak terlalu besar.
"Kita perlu bekerja secara tersusun dengan strategi yang baik. Insya-Allah kita mempunyai peluang yang baik.
"Kita sudah mengadakan pertemuan pertama iaitu mesyuarat pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang fokus kepada (PRK) Sungai Bakap pada minggu lepas, dan kesemua (parti) komponen dalam kerajaan memberi komitmen untuk kita turun bersama-sama membantu calon," katanya selepas merasmikan Konvensyen BN Negeri Terengganu di sini hari ini.
Pada Rabu, bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dari PKR diumumkan sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Sungai Bakap.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK tersebut dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.
PRK DUN Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.
Sementara itu Zambry berkata beliau telah meminta BN di semua negeri, untuk mengambil langkah proaktif memberi penjelasan terhadap dasar dan tindakan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai medium, bagi mengelakkan sentimen negatif dalam kalangan rakyat.
"Kita perlu memberikan maklum balas dan penjelasan bahawa langkah yang dibuat kerajaan pada sesuatu perkara adalah kerana kerajaan memikirkan implikasi pada masa akan datang dan reaksi awal ini kita perlu tangani.
"Jadi inilah saya lihat pendekatan yang diambil BN Terengganu ini, iaitu kita tahu sentimen yang ada maka kita perlu bekerjasama untuk menyelesaikannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berucap pada Majlis Konvensyen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) hari ini. - Foto Bernama
"Sebagai orang Sabah, saya geram!" - Isnaraissah Munirah Majilis
"Saya bukan mahu cari gaduh di sini tapi saya mahu mencari jalan penyelesaian sebab dan punca projek pembangunan Sabah mencatat jumlah paling corot dan lewat," kata Ahli Parlimen Kota Belud , Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy .
Pakar pedagogi, psikologi dan akidah sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak mangsa GISBH - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar menjelaskan tindakan kerajaan adalah modul rehab, pemantauan perkembangan berkala, kerjasama komuniti setempat & NGO serta sokong penuh pendirian KPWKM iaitu kembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa & keluarga.
Penumpang wanita maut dua kereta bertembung
Mangsa yang berada di bahagian penumpang belakang kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
#AWANIRingkas 18 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 November 2024
1️⃣ Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
2️⃣ Beri maklumat isu rasuah, ini jaminan SPRM
3️⃣ Kes buli di UPNM
#awaniringkas
1️⃣ Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
2️⃣ Beri maklumat isu rasuah, ini jaminan SPRM
3️⃣ Kes buli di UPNM
#awaniringkas
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
AWANI Ringkas: Malaysia-Brazil setuju perkukuh kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AI kini digunakan untuk buang masa scammer talian telefon
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Nisbah OKU autisme berdaftar berbanding pusat autisme tidak mencukupi
Dalam masa sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 33 buah autisme telah berdaftar dengan JKM sehingga 31 Okt 2024.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.