Kerajaan telah melakukan pelbagai kempen kesedaran tetapi kes semakin meningkat.
Di United Kingdom, syarikat telekomunikasi O2 menggunakan kecerdasan buatan untuk menentang penipuan menggunakan talian telefon.
Bot yang diberi nama Daisy melakonkan watak seorang wanita tua yang kerap menjadi mangsa penipuan.
Daisy akan membazir masa golongan penipu ini dengan menjawab soalan dengan perlahan serta tidak mengikut arahan yang diberikan.
Ia berfungsi dengan nombor telefon Daisy dengan sengaja dimasukkan ke dalam pangkalan data yang digunakan penipu untuk mencari mangsa.
Kecerdasan buatan dibangunkan oleh O2 dengan bantuan Jim Browning, YouTuber yang terkenal dengan kandungan beliau yang suka membazirkan masa penipu, mendedahkan identiti mereka dan merosakkan sistem komputer yang digunakan.
O2 berharap dengan penipu sibuk menelefon Daisy, mereka tidak akan mempunyai masa untuk menipu mangsa di dunia sebenar.