Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak berterusan membuat kacau serta mengganggu proses pemilihan parti tersebut yang disifatkan telah dijalankan secara demokratik.
Demikian tegas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan pelanggaran disiplin yang berlaku itu turut membabitkan beberapa ahli PKR.
"Sayugia ditegaskan bahawa, Keadilan tidak pernah memandang remeh isu disiplin. Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan yang ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya," katanya.
Sementara itu, Wan Azizah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kelancaran pemilihan semula yang telah diadakan, dan juga kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) kerana menerima kritikan serta komen dari semua peringkat ahli.
"Justeru, kita harapkan agar JPP akan meneruskan usaha untuk menambahbaik proses pemilihan parti dari masa ke semasa," ujar beliau.
Pemilihan PKR 2014 menyaksi berlaku beberapa kekecohan terutama di Selangor hingga menyebabkan lebih 10 Cabang terpaksa dibatalkan pemilihan yang telah dijalankan.
Menurut ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepincangan yang berlaku adalah akibat campur tangan pihak luar termasuk gangster.
Bagaimanapun Anwar mengakui pemilihan parti tersebut kali ini mempunyai kelemahan dan sistem pengundian yang dijalankan PKR perlu dilihat kembali untuk ditambah baik.
Haider Yutim
Tue Jun 03 2014
"PKR tidak memandang remeh isu disiplin parti." - Wan Azizah (gambar).
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Pemilihan semula cabang PKR berita palsu - JPP
Spekulasi bahawa 53 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan pemilihan semula dalam masa terdekat adalah berita palsu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Terima keputusan pemilihan, walau kalah tetap bermaruah - Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022.
Pemilihan PKR: Afdlin Shauki buat laporan polis terhadap JPP
Beliau mendakwa, JPP gagal menguruskan perjalanan pengundian dengan baik sehingga dipercayai wujud banyak penipuan.
Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.
Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.
Pemilihan PKR: 11,282 calon disahkan boleh bertanding - Pengerusi JPP
Pencalonan itu terdiri daripada calon yang mencalonkan diri sendiri atau dicalonkan oleh ahli parti lain.
Pemilihan PKR 2022: Lebih 8,000 permohonan diterima bagi peringkat cabang
Lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara setakat 1 tengah hari.
Pemilihan PKR: Pendaftaran sebagai pemilih atas talian dilanjut sehingga 21 April
Tarikh pendaftaran untuk ahli PKR sebagai Pemilih Atas Talian dilanjutkan sehingga 21 April depan dan mereka juga tidak perlu membayar yuran keahlian untuk mengundi pada Pemilihan PKR 2022.
Mohd Shafie calon PM: Amanah minta rujuk kepada Majlis Presiden PH
Khalid Abdul Samad menjelaskan keputusan merujuk perbincangan itu kepada Majlis Presiden PH adalah bagi mendapat keputusan bersama.