KUALA LUMPUR: Lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara setakat 1 tengah hari tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata pencalonan yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi aplikasi ADIL yang bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini turut berjalan lancar.
Memandangkan proses pencalonan bagi pemilihan PKR dijalankan buat julung kalinya menerusi aplikasi ADIL, beliau berkata berlaku sedikit masalah teknikal kerana ia merupakan sistem baharu, namun kaedah melalui aplikasi itu tetap dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ahli-ahli terlibat.
"Ahli-ahli pun tidak biasa guna. Bagaimanapun bagi memudah cara proses pencalonan, PKR membuka pusat pencalonan secara fizikal di setiap negeri bagi membantu ahli yang ingin mencalonkan diri mereka melalui aplikasi ADIL," katanya dan menambah pencalonan bagi peringkat cabang PKR menerusi ADIL akan ditutup 12 tengah malam ini.
Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Nazri Kassim berkata hampir 90 peratus pencalonan dilakukan secara dalam talian.
"Senarai penuh berkenaan jumlah pencalonan termasuk peratusan muka baharu dan lama belum diperoleh memandangkan masih ada masa hingga 12 tengah malam ini untuk ahli mengisi pencalonan," katanya.
Di MELAKA, jurucakap PKR Melaka berkata kira-kira 50 hingga 60 ahli menggunakan kemudahan disediakan pejabat perhubungan parti itu di Gangsa, Durian Tunggal bagi mengisi borang pencalonan sejak ia mula dibuka Jumaat lepas.
Beliau berkata kemudahan itu disediakan pejabat perhubungan bagi mana-mana ahli yang tidak tahu mengisi borang pencalonan secara dalam talian, malah ada juga ahli-ahli parti berkumpul sesama mereka untuk mendaftar secara berkumpulan, selain ada mengisinya secara persendirian di rumah.
Di TERENGGANU, Setiausaha PKR negeri Wan Bukhari Wan Muhammad berkata ramai yang memuji kelancaran proses pencalonan menggunakan kaedah baharu iaitu menerusi aplikasi ADIL kerana ia lebih mudah, telus dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
"PKR Terengganu sangat berpuas hati dengan kerjasama diterima daripada pimpinan pusat dan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini. Semoga kempen juga akan berjalan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi," katanya.
Walaupun PKR Terengganu belum mengetahui senarai muktamad calon di lapan cabang negeri itu, beliau berkata pemantauan melalui media sosial mendapati kempen yang dijalankan calon-calon masih dalam ruang lingkup yang dibenarkan parti.
Di KELANTAN, Pengerusi MPN Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor berkata proses pencalonan selama tiga hari itu berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah walaupun mengalami sedikit gangguan teknikal ketika ahli mahu mengakses masuk aplikasi ADIL.
Sementara itu di PERLIS, proses pencalonan berjalan dengan teratur dan menurut Ketua Wanita PKR negeri berkenaan Gan Ay Ling, pihaknya tidak menerima sebarang rungutan daripada mana-mana pihak berhubung pelaksanaan proses pencalonan berkenaan, setakat ini.
"Kaedah pencalonan diguna pakai kali ini memudahkan semua pihak malah proses bantahan juga dapat dilakukan secara dalam talian selepas ini. Jika tidak sebelum ini ramai pihak keliru bagi melakukan proses bantahan sehinggakan menimbulkan pelbagai masalah," katanya sambil berharap supaya setiap calon bertanding secara sihat dan tidak membuat sebarang provokasi.
Proses pemilihan PKR 2022 di KEDAH juga berjalan lancar, dan menurut Koordinator negeri Kedah JPP Datuk Rashid Din, senarai muktamad pencalonan dijangka dikeluarkan pada 19 April ini selepas proses bantahan dan rayuan dibuat.
"Data semua ada pada Ibu Pejabat JPP, mereka akan satukan semua pencalonan yang diterima sebelum maklumkan kepada kami di peringkat negeri," katanya.
Di PULAU PINANG, Pengerusi PKR negeri Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata beliau belum mendapat maklum balas terperinci daripada JPP termasuk senarai penuh berkenaan pencalonan kerana proses masih berjalan sehingga tengah malam ini.
"Pemilihan PKR di negeri ini melibatkan 13 cabang. Setakat semalam, pencalonan Ketua Cabang telah selesai, kecuali Kepala Batas dan Permatang Pauh. Saya rasa mereka akan jalankan hari ini," katanya.
Di SELANGOR Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri Hamidi A Hasan berkata proses pencalonan di semua 22 cabang seluruh negeri itu berjalan lancar, sama ada secara dalam talian mahupun fizikal.
Sementara itu Ketua Cabang PKR Kuala Selangor Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi melalui kiriman WhatsApp mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan di cabang berkenaan dan menurutnya setakat ini, beliau dijangka terlibat dalam pertandingan empat penjuru.
Sementara itu bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan telah menghantar permohonan pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Gombak, semalam.
Farhash Wafa Salvador berkata setakat ini, beliau akan berdepan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan penyandang bagi jawatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Lebih 8,000 permohonan diterima untuk pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 melibatkan jawatan peringkat cabang di seluruh negara setakat 1 tengah hari tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail/BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti 24 Mei ini.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.

'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.