KUALA LUMPUR: Pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur diumum tamat pada 14 dan 15 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan Kampung Gusi Kinarut, Papar yang ditamatkan hari ini selepas PKPD dilaksanakan di lokaliti itu pada  6 Jun lalu.

Sementara, empat lagi lokaliti yang ditamatkan esok ialah Jalan Kubur, Kuala Lumpur;  Kampung Pangkal Jetas, Machang; Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan, Jelebu; serta Taman Public, Kota Kinabalu.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri:

1. Peralihan Fasa 1 ke 2 PPN di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini.

2. Sebanyak 68 premis meliputi 23 kilang, 43 premis perniagaan serta dua tapak pembinaan diarah tutup kerana langgar prosedur operasi standard (SOP).

3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Daerah Bau, Kuching dan empat lagi lokaliti di Sabah bermula 16 Julai hingga 29 Julai.

4. PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah dilanjutkan sehingga 29 Julai ini.

5. Seramai 471 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 446 individu dikompaun, 16 direman dan sembilan dijamin.