TAPAH: "Perasaan saya bercampur baur selepas mengetahui kawasan taman ini dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), tambahan lagi pelaksanaan itu bermula pada Aidiladha esok (Selasa)," luah Mohd Hafiszun Abdullah Sharkhahwi, 36.
Kawasan didiami Mohd Hafiszun antara 13 lokaliti di Mukim Batang Padang dan Bidor yang dilaksanakan PKPD berkuat kuasa selama dua minggu bermula Selasa sehingga 2 Ogos depan.
Mohd Hafiszun dari Taman Sri Bidor dekat sini berhasrat menemani bapanya berusia 72 tahun yang tinggal selang beberapa lorong di taman sama untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Bagaimanapun katanya, hasrat itu terpaksa dilupakan memandangkan prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang melarang sebarang pergerakan keluar rumah.
"Macam-macam perasaan ada, sedih, terkilan, tidak boleh terima malah ada juga rasa tidak reda.
"Saya ralat apabila tidak dapat beraya bersama ayah walaupun rumah kami berdekatan.
"Apapun saya akur keadaan ini kerana tahu ia dilaksanakan demi keselamatan dan kebaikan semua pihak," katanya yang sempat menyediakan barang keperluan makanan untuk kegunaan ayahnya sepanjang tempoh dua minggu PKPD ini.
Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Norazwah Abu Bakar, 44, berkata, setakat ini belum lagi ada arahan untuk menutup premis di kawasan yang dikenakan PKPD.
Katanya, sebaik mengetahui adanya PKPD, ramai penduduk keluar membeli barang keperluan untuk tempoh dua minggu sebagai persediaan.
"Jika boleh beroperasi, saya akan buka kembali kedai pada raya kedua nanti bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan.
"Kita hanya tutup satu hari esok kerana kebetulan hari raya pertama," katanya.
Lokaliti di Mukim Batang Padang yang dikenakan PKPD itu membabitkan Taman Tapah/Taman Bunga Raya dan Kampung Datuk; Taman Sri Damai 1/Taman Sri Damai 2; Taman Sri Tapah; Taman Tapah 2; Taman Sri Asoka; Kampung Baru Kampung Pahang; Batu 5 Tapah Road; Kampung Baru Pekan Getah; Kampung Batu Melintang dan Kampung Tanah Mas.
Turut dikenakan PKPD ialah Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor dan Taman Bidor Jaya/Kampung Cegar Tambahan/Kampung Cegar di Mukim Bidor.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, sebanyak 17 pos kawalan didirikan di semua lokaliti PKPD terbabit.
Menurutnya, beberapa jalan dan lorong juga ditutup bagi mengawal pergerakan penduduk bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 di kedua-dua mukim berkenaan.
"Pos kawalan dan penutupan jalan atau lorong itu adalah sebagai langkah untuk mengetatkan kawalan di lokaliti PKPD.
"Justeru orang ramai diminta bersabar dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak COVID-19, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan pelanggaran mana-mana pihak ke atas prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan," katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran kawalan sepanjang tempoh PKPD, polis turut mendapatkan bantuan Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD) dan Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu.
"Bantuan daripada pasukan keselamatan itu adalah bagi penugasan gerak kerja di lapangan dan pos kawalan PKPD lokaliti," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: PKPD: Anak terkilan tak dapat beraya dengan ayah satu taman
Sinar Harian
Tue Jul 20 2021
Kawasan didiami Mohd Hafiszun antara 13 lokaliti di Mukim Batang Padang dan Bidor yang dilaksanakan PKPD berkuat kuasa selama dua minggu bermula Selasa sehingga 2 Ogos depan. -Foto Sinar Harian
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.