Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan tempoh pemulihan sektor ekonomi negeri itu memerlukan masa sebelum ia memberi kesan kepada pasaran susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata satu tempoh masa diperlukan dan sehingga itu terpulang kepada perniagaan dan pelanggan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi memastikan ekonomi terus berkembang.
Jelasnya, semua ahli perniagaan dan pekedai perlu mengambil kesempatan ini untuk melihat cara-cara dan kaedah untuk memastikan perniagaan mereka mampan dan berdaya tahan dalam mengharungi cabaran yang dihadapi kini.
"Saya jangka, perlu satu tempoh masa sebelum pemulihan... dan akan melihat kesan pasaran. Kita berharap sementara tidak menjejaskan usaha melawan wabak COVID-19, kita tak ingin lihat kenaikan kes setelah pembukaan ekonomi yang menggalakkan interaksi manusia dengan lebih banyak berbanding tempoh sebelum ini.
"Maka, saya menyeru semua rakyat supaya masih sabar, mengamalkan penjarakan sosial dan pembersihan diri. Komuniti peniaga dan sektor ekonomi dalam tempoh ini amat mencabar dan kita berharap ekonomi dapat rebounce dengan cepat supaya impak ekonomi dan kos dapat dipertahankan.
"Kita akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan akan menimbang pembukaan sektor dan aktviti yang lain, sesuai dengan apa yg diputuskan di peringkat persekutuan atau negeri," ujar Kon Yeow.
Beliau berkata, hari ini adalah hari pertama pembukaan pelbagai sektor ekonomi Pulau Pinang di bawah Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang, sehingga 13 Mei.
Katanya, ini merupakan masa untuk semua perniagaan menerokai perniagaan baharu supaya dapat menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ini,
Walau bagaimanapun, Kon Yeow berharap pembukaan ekonomi ini tidak menjejaskan usaha negara untuk melawan COVID-19.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke pasar raya Gurney Paragon di George Town pada Jumaat.
Astro Awani
Fri May 08 2020
Kon Yeow (tengah) sewaktu mengadakan lawatan ke pasar raya Gurney Paragon di George Town pada Jumaat. - Astro AWANI
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Pulau Pinang teruskan promosi tarik pelabur ke BKIP 3 dan BCTP - Ketua Menteri
Pulau Pinang meneruskan promosi menarik minat pelabur ke Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP).
Pulau Pinang dalam penyediaan penyelarasan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam penyediaan peruntukan untuk membuat penyelarasan gaji penjawat awam negeri itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang
Ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia selepas yang pertama di premis sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.
Chow terus fokus agenda kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak peduli pengkritik
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan kerajaan negeri itu walaupun dikritik.
InvestPenang berhubung dengan Intel mengenai laporan henti sebahagian projek - Chow
InvestPenang sedang berhubung dengan Intel di Pulau Pinang susulan laporan bahawa pengeluar cip itu menghentikan sebahagian projek pembungkusan dan pengujian cip baharu di Pulau Pinang.
Chow sahkan tidak akan pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Chow berkata beliau telah menerima surat daripada DAP Pusat mengenai pencalonannya pada 27 Ogos lepas, namun beliau memutuskan untuk menolaknya selepas membuat pertimbangan.
Hotel Warisan 1926 bakal dibuka semula, tarik pelancong ke Pulau Pinang
Pengoperasian semula hotel itu bakal direalisasikan menerusi pemeteraian Perjanjian Pajakan antara PDC dan Jetblue Sdn Bhd.
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.
Rakyat Pulau Pinang diseru kibar Jalur Gemilang
Ini bagi menunjukkan bahawa rakyat negeri Pulau Mutiara turut memberikan sokongan kepada sambutan yang amat bermakna itu sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67 tahun negara.
Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung.