Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat menyediakan garis panduan kesihatan dan keselamatan yang terperinci bagi penyedia perkhidmatan kewangan susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi bermula 4 Mei ini.

Garis panduan ini adalah satu dokumen hidup (living document) dan akan disemak dari semasa ke semasa.

Berikut senarai aktiviti protokol di bawah Kementerian Kewangan bagi aktiviti berhadapan dengan pelanggan, penggunaan terminal layan diri dan operasi dalam institusi kewangan.

1) Kurangkan bilangan pelawat

2) Kawal pintu masuk dan keluar

3) Mengekalkan kebersihan dan penjarakan sosial ketika berurusan di kaunter

4) Kawalan kebersihan

Di premis institusi kewangan

Di premis lain

Notis peringatan di premis institusi kewangan dan premis-premis lain

5) Mesyuarat atau perjumpaan kakitangan

6) Susunan tempat duduk (stesen kerja)

7) Kerja di luar (Contoh: lawatan tapak)

Kakitangan hendaklah mematuhi keperluan berikut:Selain itu, institusi kewangan perlu menyediakan peralatan perlindungan diri yang diperlukan untuk kakitangan termasuk topeng dan pembasmi kuman.