KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan mulai 17 Oktober sehingga 30 Oktober ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut diputuskan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan pembentangan dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN Labuan mengenai peningkatan kes positif COVID-19 di Labuan.
“Bagi SOP PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.
“Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
“Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja,” katanya pada sidang media secara maya pada Khamis.
Antara prosedur operasi standard (SOP) yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Kawalan Pergerakan
• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
• Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
• Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.
Pergerakan keluar masuk merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali;
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
• Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas. Pergerakan perlu mematuhi prosedur kemasukan di pintu masuk WP Labuan yang sedang berkuatkuasa. Pihak kerajaan juga menggalakkan majikan membenarkan pekerja- pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.
• Bagi pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Labuan, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
Kawalan Pergerakan Air
• Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
• Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan barter trade adalah tidak dibenarkan.
• Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
• Pergerakan bagi Sign On/Sign Off industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut Peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.
• SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal Sign in dan Sign Off kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Namun bagi kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapal yang melakukan Sign Off perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.
Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa dan mematuhi SOP yang telah pun ditetapkan.
• Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store adalah dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan.
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau take-away sahaja. Walau bagaimanapun makan di premis makanan adalah dibenarkan namun ia terhad kepada dua orang satu meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 4.00 petang.
• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dan pengawasan anggota RELA.
• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Pengangkutan awam, Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dibenarkan beroperasi dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 tengah malam.
Aplikasi MySejahtera
• Pengusaha/Operator Premis perlu memastikan pekerja, pembekal dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.
Perubatan dan Kesihatan
• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sektor Ekonomi Dan Industri
• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
Sektor Perikanan, Perladangan dan Pertanian
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti Sektor Pembinaan
• Aktiviti sektor pembinaan dibenarkan operasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dengan syarat pekerja disaring disahkan bebas COVID-19.
Aktiviti Keagamaan
• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan, mendirikan solat Jemaah lima waktu dan solat Jumaat.
Walau bagaimanapun, bagi menentukan jumlah Jemaah bagi solat lima waktu dan solat Jumaat cadangan ini akan dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan.
• Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai enam orang sahaja.
Aktiviti Hiburan dan Budaya
• Aktiviti hiburan dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan seperti kelab malam atau pub, indoor playground dan panggung wayang tidak dibenarkan.
Aktiviti Sukan dan Rekreasi
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sukan, berjalan, joging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka adalah dibenarkan.
• Aktiviti di kawasan tertutup (indoor), berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/ sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan / pertandingan tidak dibenarkan.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.
Pendidikan
• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Seminar / Bengkel / Persidangan
• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja.
Mesyuarat
• Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian
• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti Pelancongan
• Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.
Isabelle Leong
Thu Oct 15 2020
Sidang Khas MKN memutuskan perkara itu susulan mendengar pembentangan dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN Labuan mengenai peningkatan kes positif COVID-19 di Labuan. - Gambar fail
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.