KUANTAN:Individu bukan warganegara Malaysia dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenar menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid atau surau sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang.
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan media di sini hari ini, bagaimanapun memaklumkan mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau yang diberi kebenaran melaksanakan solat itu, wajib menggantikannya dengan solat Zuhur.
"Pelaksanaan solat Jumaat ialah dengan bilangan wajib seramai 40 orang atau lebih berdasarkan kepada kapasiti ruang solat dengan penentuan jemaah secara 'walk in'. Mereka wajib mengimbas suhu badan serta merekodkan kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau PahangGo.
"Jemaah wajib membawa sejadah sendiri, mematuhi penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka termasuk semasa mendirikan solat manakala imam hendaklah membaca surah yang ringkas serta memendekkan bacaan wirid dan doa selepas solat," menurut kenyataan itu.
Jemaah juga dilarang mengubah tempat duduk semasa melakukan amalan sunat selepas waktu solat maghrib sehingga isyak atau semasa mengikuti kuliah pengajian ilmu.
Aktiviti pengajian ilmu itu juga hanya dibenarkan selepas solat subuh dan antara maghrib dan isyak dengan penceramah yang dibolehkan ialah mereka dari dalam negeri sahaja.
"Jamuan selepas aktiviti pengajian ilmu adalah tidak dibenarkan. Pihak pengurusan masjid atau surau hendaklah tegas dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ini serta melakukan proses sanitasi di ruangan solat, tempat wuduk serta tandas sekerap yang boleh," menurut kenyataan itu.
JAIP juga melarang majlis akad nikah dilakukan di masjid dan surau sepanjang PKPB, yang berkuat kuasa mulai Rabu lalu (13 Jan) hingga 26 Jan ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pengurusan jenazah, JAIP memaklumkan ia boleh dilakukan di bilik atau ruangan khas dengan bilangan pengendali berdasarkan keluasan ruang serta mengambil kira penjarakan fizikal dalam satu-satu masa serta memakai pelitup muka.
"Solat jenazah boleh dilakukan di ruang solat dan hanya bacaan talkin serta tahlil ringkas sahaja dibenarkan selepas pengebumian," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021
Jemaah juga dilarang mengubah tempat duduk semasa melakukan amalan sunat selepas waktu solat maghrib sehingga isyak atau semasa mengikuti kuliah pengajian ilmu. - Gambar hiasan
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.
Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu
Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.
Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau berkuat kuasa esok.
Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia
Bapa penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.
Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!
Bukan hanya berpuasa, bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil.
Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar
Pihak pengurusan masjid telah melaksanakan persiapan awal seperti melakukan sanitasi dan pembersihan kawasan ruang solat.
P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.
Ilmu Fiqh bencana, bantu orang ramai solat ketika musibah - Raja Muda Perlis
Orang ramai perlu didedahkan dengan ilmu Fiqh bencana, agar mereka lebih bersedia menunaikan tanggungjawab solat ketika berhadapan dengan musibah.