KUALA PERLIS: Ramai dalam kalangan umat Islam yang rindukan suasana solat tarawih berjemaah di masjid sepanjang bulan Ramadhan.
Namun pada tahun ini kebenaran yang diberikan untuk solat berjemaah ditambah dengan dapat merapatkan saf nyata memberi kelegaan dan kesyukuran kepada pengurusan masjid dan anak khariah.
Menurut Pengerusi Masjid Al-Rahmaniah Kuala Perlis, Hassan Hashim, pihak pengurusan masjid telah melaksanakan persiapan awal seperti melakukan sanitasi dan pembersihan kawasan ruang solat bagi persediaan untuk menyambut jemaah solat terawih pertama pada malam ini.
Katanya, bilangan jemaah yang ramai dijangka kerana sudah dua tahun tidak dapat solat tarawih berjemaah di masjid susulan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) berhadapan pandemik COVID-19.
Justeru para jemaah yang hadir turut diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana pada kali ini, jemaah hanya perlu memakai pelitup muka sahaja dan tidak perlu membawa sejadah.
"Yang pasti pada kali ini telah diberi kelonggaran iaitu tidak membawa sejadah bagaimana pun yang membawa sejadah pastikan mematuhi arahan yang diberi.
"InsyaAllah kita dari masa ke semasa akan memperingatkan para jemaah terutama SOP yang sedia ada," katanya.
Menurut Imam 1 Masjid Al-Rahmaniah Kuala Perlis, Khalilullah Amin Ahman, pihak pengurusan masjid telah menetapkan pelaksanaan solat tarawih 20 rakaat diikuti dengan solat witir.
Segala aktiviti lain seperti Tadarus Al-Quran, Qiamullail dan pemberian juadah berbuka kepada golongan asnaf akan dilaksanakan.
Justeru beliau berharap seluruh umat Islam mengambil peluang untuk menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau.
"Kita kembali seperti mana norma yang lama yang mana kita akan solat berjemaah beramai-ramai dan tidak akan ada penjarakan saf di antara para jemaah.
"Begitu juga setiap masyarakat lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sehingga yang dewasa, mereka dapat bersama-sama solat pada tahun ini.
"Ini antara nikmat Allah SWT berikan kepada kita dan kita ambil kesempatan ini, ambil ruang ini dan juga peluang yang terbaik ini untuk kita meningkatkan ibadat kita," katanya.
Sementara itu bagi anak khariah Roslan Osman, peluang untuk solat berjemaah di masjid semangnya dinantikan selepas negara berdepan dengan COVID-19.
Kebenaran serta kelunggaran yang diberikan ini adalah peluang untuk meningkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan.
"Pada tahun ini semua berjalan elok jadi tak perlu penjarakan apa-apa. SOP pun dah semakin kurang jadi kita hanya perlu untuk ke masjid untuk solat tarawIh.
"Pada masa yang sama, kepada sesiapa yang rasa tak sihat, ada batuk atau demam, lebih baik tak hadir ke masjid," katanya.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengumumkan kebenaran solat sunat tarawih dibenar dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.
Bagaimanapun pelaksanaan solat tarawih berkenaan perlu dipatuhi jawatankuasa masjid atau surau serta para jemaah berpandukan SOP yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Agama setiap negeri.
Abd Hadi Che Awang
Sat Apr 02 2022

Jemaah hanya perlu memakai pelitup muka sahaja dan tidak perlu membawa sejadah. - Astro AWANI
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.

Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara
Selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Dijemput Ilahi ketika solat tarawih
Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lana rebah ketika solat tarawih sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.

Rakyat Malaysia syukur dapat jalani ibadah tarawih di Hagia Sophia
Struktur ikonik yang memaparkan lukisan dinding dan karya seni tidak ternilai harganya itu dibina pada tahun 532.

Tradisi makan colek selepas tarawih kembali meriah
Di Kelantan, aktiviti makan colek popular khususnya selepas menunaikan solat tarawih.

Ramadan tiba, kanak-kanak teruja dapat solat tarawih
Kelaziman setiap kali tiba bulan Ramadan, golongan kanak-kanak paling teruja akan ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Ramadan kembali, suasana solat sunat tarawih di Mekah meriah
Ramadan bermula pada hari yang berbeza di bahagian dunia yang berlainan - biasanya selang sehari atau dua hari.

Masjid Buluh rosak dipukul ribut
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung masjid itu tercabut.

Masjid Assa'adah lakar sejarah 400 jemaah hadir tarawih
Tahun ini pertama kalinya jemaah dapat merapatkan saf dan boleh memuatkan lebih ramai termasuk kanak-kanak serta jemaah wanita.