KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah
bermula 17 April sehingga 30 April 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, masih terdapat peningkatan kes aktif COVID-19 di daerah itu iaitu daripada 124 kepada 729 kes dalam tempoh 14 hari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan banyak kes baharu dikesan dan 11 lokaliti di dalam daerah Tawau kini sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, berikut PKPD yang ditamatkan melibatkan lima lokasi di Sabah dan Sarawak serta satu lokasi di Melaka:
PKPD Kampung Baji, Sarikei, Sarawak
KKM telah melakukan 299 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 48 kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM juga memaklumkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Baji, Sarikei, Sarawak
pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.
PKPD Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah
Sehingga kini, KKM telah melakukan 60 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak tiga kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM juga memaklumkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.
PKPD Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 380 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM juga mengesahkan baki kes aktif menunjukkan penurunan, kluster adalah terkawal serta kesemua kes positif telah menerima rawatan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sungai Rassau, Batang Igan,
Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak pada 16 April 2021 seperti yang dijadualkan.
PKPD Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching, Sarawak
Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 224 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 61 kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM juga memaklumkan terdapat penurunan dengan kes terakhir telah direkodkan pada 11 April 2021 iaitu sebanyak sembilan kes manakala semua kes positif sudah dirawat serta kontak rapat telah diasingkan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching, Sarawak pada 15 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.
PKPD Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan, Sarawak
Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 714 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 52 kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM juga memaklumkan terdapat penurunan dengan kes terakhir telah direkodkan pada 6 April 2021 iaitu sebanyak empat kes manakala semua kes positif sudah dirawat dan kontak rapat telah diasingkan.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan, Sarawak pada 15 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.
PKPD Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka
Setakat ini, KKM telah melaksanakan 1,710 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 191 kes positif COVID-19 direkodkan.
KKM mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta menjangkakan akan berlaku pertambahan kes dari masa ke semasa kerana masih ada saringan yang akan dilakukan dalam kalangan kontak rapat.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula 17 April sehingga 30 April 2021.
BACA: PKP dilaksana di Sandakan, Sabah - Ismail Sabri
Astro Awani
Thu Apr 15 2021
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021. - Gambar fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.