KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa esok hingga 11 Jun ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan RM1.4 bilion.
Jelasnya ia melibatkan sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun.
"BKSS 6.0 akan memperuntukkan insentif kepada ketua isi rumah, golongan B40, petugas barisan hadapan, petugas media, pengusaha perkhidmatan pengangkutan, peniaga, pemain industri pelancongan.
"Antara pemberian diskaun membabitkan bil utiliti, sewa premis perniagaan, pengecualian sewa perumahan dan penyediaan bakul makanan," katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia Kuching pada Jumaat.
Kerajaan Sarawak sebelum ini telah melaksanakan lima Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang bernilai lebih daripada RM3.1 bilion telah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat.
Tambah Abang Johari, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021 melalui Sarawak Pay.
Katanya, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.
"Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.
"Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off atau sekali kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.
"Bantuan khas untuk agensi pelancongan berlesen, operator homestay berlesen, pemandu kenderaan pelancongan berlesen, pemandu pelancong dan pemandu pelancong taman negara yang berlesen akan menerima bantuan kewangan secara one-off,” tambahnya
Munirah Mudzamli
Fri May 28 2021
![PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621079709_AbangJohari.jpg)
Abang Johari berkata, ia merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan RM1.4 bilion.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661620618_FadillahYusof.jpg)
VOP 2.0 lonjakkan sektor pembinaan Sarawak - Fadillah
Pelaksanaan variasi harga (VOP) 2.0 menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 mampu melonjakkan kembali sektor pembinaan di negeri ini, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Kerajaan Sarawak belanja RM1 bilion untuk BKSS 9.0 Kerajaan Sarawak belanja RM1 bilion untuk BKSS 9.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661745808_TBabangjohari.jpg)
Kerajaan Sarawak belanja RM1 bilion untuk BKSS 9.0
Abang Johari berkata, kerajaan GPS akan meneruskan bantuan berkenaan bagi meringankan beban rakyat.
![Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658467694_HariSarawak.jpg)
Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![BKSS bantu selamatkan perniagaan gulung tikar BKSS bantu selamatkan perniagaan gulung tikar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643110645_TBMASHUP.jpg)
BKSS bantu selamatkan perniagaan gulung tikar
Peniaga menyatakan hasrat untuk melihat bantuan ini diteruskan bagi membolehkan ekonomi mereka kembali stabil seperti sedia kala.
![PRN Sarawak: Beri separuh jumlah bantuan sebelum ini sudah memadai - Peniaga PRN Sarawak: Beri separuh jumlah bantuan sebelum ini sudah memadai - Peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636214282_peniagaKubahRia.jpg)
PRN Sarawak: Beri separuh jumlah bantuan sebelum ini sudah memadai - Peniaga
Tiada yang diharapkan para peniaga agar bantuan sedemikian diteruskan oleh kerajaan baharu yang akan mentadbir negeri Sarawak.
![BKSS 7.0 Plus: Sarawak tambah RM78.5 juta lagi untuk bantu usahawan terjejas BKSS 7.0 Plus: Sarawak tambah RM78.5 juta lagi untuk bantu usahawan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611215427_sarawakkusayang.jpg)
BKSS 7.0 Plus: Sarawak tambah RM78.5 juta lagi untuk bantu usahawan terjejas
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 7.0 Plus) membabitkan dua bantuan tambahan kepada usahawan kecil dan sederhana bagi menggerakkan semula ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
![Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634017680_TBABGJOjpg.jpg)
Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
Bajet Sarawak 2022 hari ini diluluskan dan antara lain memperuntukkan bantuan khas sebanyak sebulan setengah gaji kepada seluruh penjawat awam Sarawak.
![Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611215427_sarawakkusayang.jpg)
Sarawak tambah peruntukan RM15 juta untuk Program Bakul Makanan
Jumlah keseluruhan dana program di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 itu kini RM35.5 juta.
![Sarawak beri elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk media Sarawak beri elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621412933_Petugaskesihatan.jpg)
Sarawak beri elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk media
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi elaun bulanan khas untuk tempoh enam bulan kepada petugas barisan hadapan.
![PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621079709_AbangJohari.jpg)
PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan RM1.4 bilion.