KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM1 bilion melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 untuk meringankan beban rakyat dan golongan peniaga yang terjejas akibat inflasi di negeri itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan bantuan berkenaan bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan kos sara hidup terutama golongan berpendapatan rendah.
BKSS 9.0 yang merangkumi lima bantuan itu akan dilaksanakan sepanjang enam bulan terakhir tahun ini bermula Julai hingga Disember 2022.
Dalam pembentangannya di Bangunan Wisma Bapa Malaysia, Abang Jo menggariskan satu tambahan bantuan yang baharu di dalam BKSS melibatkan bahan binaan di bawah syarat perubahan harga (VOP) 2.0.
“Ini adalah sebagai usaha mengurangkan jurang margin yang dihadapi kontraktor dan memastikan keberkesanan pelaksanaan projek kerajaan pada waktu yang sukar untuk menampung kenaikan harga bahan binaan semua projek di bawah peruntukan kerajaan negeri,” katanya di sini pada Isnin.
Bantuan melalui VOP 2.0 itu merangkumi beberapa perkara antaranya kontrak yang telah menerima Surat Anugerah (LOA) antara 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan khusus untuk 30 bahan binaan tambahan bagi kerja-kerja pembinaan serta kejuruteraan.
“Bantuan ini juga melibatkan projek yang mempunyai Lanjutan Tempoh (EOT) sehingga maksimum enam bulan bergantung kepada keadaan yang dinyatakan oleh agensi terkibat.
“Kerajaan Sarawak telah menganggarkan sejumlah RM700 juta akan diperuntukkan untuk melaksanakan VOP 2.0 ini,” ujarnya lanjut.
Empat lagi bantuan utama BKSS 9.0 melibatkan beberapa pemberian diskaun kepada usahawan dan penjaja kecil di negeri itu antaranya bil utiliti air, elektrik, cukai pintu, dan sewa pasar serta gerai penjaja di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.
Kos keseluruhan untuk keempat-empat bantuan pemberian diskaun ini melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM300 juta.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Aug 29 2022
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya. - Foto BERNAMA
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penjawat awam Sarawak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.
Budaya bermukun perlu dipertahankan - Premier Sarawak
Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Premier Sarawak bentang belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk 2025
Premier Sarawak hari ini membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM15.8 bilion untuk tahun depan.
CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.