Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 306 individu daripadanya adalah melibatkan kesalahan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.
Berikut antara perkara penting yang dinyatakan oleh Ismail Sabri hari ini:
- 1,111 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP PKP, 1,040 dikompaun, 71 direman
- Rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran catat kesalahan tertinggi, 306 individu
- PKPD di Penjara Tapah dan kuarters kakitangan bermula 16 Februari sehingga 1 Mac
- PKPD di Penjara Sungai Udang Melaka Tengah dilanjutkan bermula 17 Februari sehingga 2 Mac
- 5,402 warga asing jalani ujian saringan COVID-19 semalam, 11 didapati positif