JOHOR BAHRU: Pemberian bantuan termasuk penangguhan terhadap bayaran balik pinjaman perniagaan, perlu dipertimbangkan kepada golongan penjaja, peniaga dan pengusaha industri kecil, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan secara menyeluruh.
Presiden Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu (GABUNG) Johor Zaini Atan berkata, hal ini kerana lebih 60 peratus daripada mereka di negeri ini dijangkakan gulung tikar akibat hilang pendapatan, jika perkara terbabit dikuatkuasakan.
Justeru itu beliau berharap, kerajaan mendengar keluhan persatuan bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dicapai.
"Saya minta kerajaan ambil serius keluhan ini kerana kesan akibat PKP 2.0 lepas, kira-kira 50 hingga 60 peratus (penjaja, peniaga dan pengusaha industri kecil) gulung tikar, dan sekiranya bantuan seperti moratorium tidak diberikan, jumlahnya akan terus meningkat (jika PKP 3.0 dilaksanakan)," katanya dalam sidang media di sini.
Turut hadir sidang media itu ialah Setiausaha Persatuan Penjaja Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru Mohammad Salezan Mohd Salleh dan Presiden Pertubuhan Persahabatan Negeri Johor Mohd Fairuz Iskandar.
Zaini berkata, untuk rekod, terdapat kira-kira 6,107 penjaja, peniaga dan pengusaha industri kecil di daerah Johor Bahru sahaja.
Menurutnya, kebanyakan daripada mereka ini tidak mencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk menikmati manfaat i-Sinar, oleh itu bantuan seperti moratorium dilihat penting bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.
"Dalam mendepani PKP 3.0 itu, persatuan juga menasihatkan mereka supaya tidak mengeluarkan modal yang banyak dalam perniagaan, selain perlu mempertingkatkan lagi momentum perniagaan secara dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 21 2021

Pemberian bantuan termasuk penangguhan terhadap bayaran balik pinjaman perniagaan, perlu dipertimbangkan. -Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.

Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.