KUALA LUMPUR:Seramai 752 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

"Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (277), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), tiada penjarakkan fizikal (128), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (73), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (39) dan lain-lain (98)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penahanan itu dibuat hasil daripada 53,961 pemeriksaan dengan penglibatan 2,778 pasukan Task Force Operasi Pematuhan merangkumi hampir 12,000 anggota penguatkuasa.

Semalam juga, seramai, 57 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap dalam Operasi Benteng dan sebanyak 10 buah kenderaan darat turut dirampas.