KUALA LUMPUR:Perniagaan makanan di restoran merosot 80 peratus sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan kali kedua (PKP 2.0) di enam buah negeri bermula hari ini.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mendakwa, lebih 4,200 ahlinya yang juga pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0.
Menurut Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, hasil pemerhatian pihaknya mendapati, pelaksanaan PKP 2.0 juga telah menjejaskan pendapatan ahli-ahli Presma di negeri-negeri yang terlibat.
Sehubungan itu, Jawahar memohon kepada kerajaan agar memberi kelonggaran kepada operasi restoran dan penyedia perkhidmatan makanan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti sebelum ini.
Antara kelonggaran yang diharapkan Presma, kata Jawahar ialah menghadkan jumlah pelanggan kepada dua orang setiap meja.
“Cadangan ini berdasarkan pengalaman ketika PKP kali pertama tahun lalu yang terbukti berkesan mengekang penularan wabak serta membantu ekonomi pengusaha restoran.
“Kami berasa sedih dan kecewa kerana terdapat ramai dari kalangan ahli kami yang terpaksa menggulung tikar terkesan dari PKP 1.0 sebelum ini.
“Keadaan ini memberikan sedikit kegusaran kepada para peniaga apabila kerajaan memperkenalkan PKP 2.0 (justeru) kami amat berharap agar sedikit kelonggaran diberi kepada para peniaga,” kata Jawahar dalam kenyataan media pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau berkata, Presma juga memohon kepada kerajaan agar membenarkan waktu operasi restoran dilanjutkan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.
Lanjutan waktu operasi kepada 10 malam berbanding 8 malam sebelum ini adalah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan makanan pada waktu malam.
“Ini kerana, pelaksanaan pada hari pertama menunjukkan masih ramai yang ingin membeli makanan selepas jam 8 malam atas faktor kerja dan sebagainya,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Presma, kata beliau, berpuas hati dengan pematuhan SOP dalam kalangan ahlinya dan akan terus memastikan pematuhannya demi kebaikan bersama.
"Ahli-ahli Presma yang terbabit di negeri-negeri PKP juga, jelas Jawahar, komited untuk mematuhi arahan dan SOP ditetapkan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.
“Selain itu, Presma juga akan terus bersama-sama kerajaan membantu petugas barisan hadapan menerusi program tanggungjawab sosial korporat bagi memastikan kita semua bebas dari wabak pandemik ini.
“Inisiatif seperti pusat aduan One Stop Centre seperti yang pernah dijalankan sebelum ini juga akan diteruskan bagi menyalurkan masalah rakyat kepada pihak berkuasa,” kata beliau yang juga pengasas rangkaian restoran Ali Maju itu lagi.
PKP 2.0 yang diumumkan kerajaan untuk tempoh 14 hari bermula hari ini hingga 26 Januari melibatkan negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Astro Awani
Wed Jan 13 2021

Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, Presma memohon kepada kerajaan agar memberi kelonggaran kepada operasi restoran dan penyedia perkhidmatan makanan dengan pematuhan SOP seperti sebelum ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Veteran ATM disaran daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran ATM disaran agar mendaftar dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.

Bob Lokman pesan teruskan perusahaan makanan - Anak
Omar Hakim berkata, selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

Henti guna istilah 'perkhidmatan penting dan tidak penting' - Wakil pengusaha restoran
Semua perkhidmatan atau industri adalah penting dan kerajaan perlu mencari titik tengah bagi membolehkan semua pihak mencari rezeki.

PKP 2.0: Perniagaan restoran merosot 80 peratus - Presma
Lebih 4,200 ahli Presma yang juga pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0.

Hari Migran Sedunia: Rendang jadi sumber inspirasi Tukdin majukan perniagaan di London
Tukdin sentiasa mengutamakan selera dan kualiti sajian untuk menepati cita rasa pelanggan.