SANDAKAN: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini bagi memastikan skim yang disediakan JHEV ATM termasuk bantuan sara hidup, persekolahan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, peralatan pesakit dan bencana alam dapat disalurkan secara efektif serta teratur kepada veteran berkelayakan.
"Kerajaan komited meningkatkan peruntukan JHEV ATM daripada RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun 2024, peningkatan yang begitu ketara ini mampu memberi manfaat lebih luas kepada Veteran ATM.
"Pada tahun ini juga, kerajaan meningkatkan peruntukan bayaran sara hidup sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 juta dan setakat 31 Mei 2024, seramai 29,247 veteran menerima faedah ini," menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau juga berkata, inisiatif Peduli Veteran MADANI (PVM) akan menjadi platform Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan bagi memperkasakan sosioekonomi.
Adly berkata, inisiatif PVM berfungsi sebagai medan interaksi dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM membabitkan lima perkara utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan serta pemerkasaan ekonomi veteran.
"PVM akan dipertingkat menerusi kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi berkaitan menerusi lawatan kebajikan agar tiada veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif disediakan," katanya.
Beliau turut menyantuni sembilan veteran ATM termasuk balu serta waris melalui Program PVM bersama JHEV ATM di sekitar Sandakan sekali gus menyampaikan bakul makanan dan keperluan peralatan kesihatan.
Adly juga meluangkan masa bertemu lima usahawan veteran ATM dan menyampaikan insentif bantuan PVM kepada dua pengusaha perniagaan makanan serta gelanggang silat. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Adly berkata, ini bagi memastikan skim yang disediakan JHEV ATM dapat disalurkan secara efektif serta teratur kepada veteran berkelayakan. - Gambar fail/Bernama

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.

3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.

1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.

GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.