KOTA BHARU: Arwah bapa sentiasa berpesan agar meneruskan perniagaan makanan yang diusahakannya, demikian kongsi Omar Hakim anak kepada Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman yang meninggal dunia semalam.
Omar Hakim, 28, berkata selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.
"Ayah mahir memasak nasi maqluba dan bubur daging (di Kelantan dipanggil bubur lambuk) selain juga mampu membuat serunding hasil resipi yang diambil dari Tumpat.
"Semasa hayatnya, arwah ayah beberapa kali berpesan kepada mama dan adik-adik yang lain supaya meneruskan usaha perniagaan menjual makanan selepas ketiadaannya nanti disebabkan mama juga mahir memasak," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Pulau, Kubang Kerian, di sini, pada Jumaat.
Menurut Omar Hakim, mereka meneruskan perniagaan tersebut demi kelangsungan hidup memandangkan perlu membayar sewa rumah selain menyara lima adiknya yang masih bersekolah di tahfiz di Setiu, Terengganu dan Sriti Tok Guru di Pulau Melaka.
Bercerita lanjut, dia berkata selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020, Bob Lokman mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian untuk berada dekat dengan datuk mereka, Lokman Ahmad, 80-an yang sakit tua.
"Kesihatan arwah ayah mula merosot sejak seminggu lepas, namun beliau enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah beberapa kali dipujuk.
"Waktu Maghrib semalam, arwah ayah mengalami sesak nafas dan keadaannya itu berterusan sehingga 11 pagi tadi menyebabkan saya dan mama berjaga hingga pagi.
"Bagaimanapun disebabkan terlalu kepenatan, saya terlelap dan dikejutkan oleh mama yang memberitahu bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya.
BACA: Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan
Jenazah bapanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dimandi serta dikafankan manakala solat jenazah diadakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, katanya.
Bob Lokman pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Dis 2020.
Pada 21 April lepas, Bob Lokman berpindah ke IJN untuk rawatan lanjut, namun akibat kekangan kewangan dialami, beliau hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar daripada hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April.
Bob Lokman yang meninggal dunia kira-kira 3 petang semalam dipercayai akibat komplikasi jantung, meninggalkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh anak.
Allahyarham juga adalah penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.
Bob Lokman juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan, Allayarham Tok Kenali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 2020, Bob Lokman mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian untuk berada dekat dengan ayahnya. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

Belasungkawa: Bob Lokman tinggalkan warisan seni yang melekat sehingga kini
Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahyarham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Bob Lokman pesan teruskan perusahaan makanan - Anak
Omar Hakim berkata, selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan
Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian sekitar jam 9.30 malam tadi.

Bob Lokman meninggal dunia
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Bob Lokman beransur pulih selepas 17 hari dirawat di hospital
Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat IACD untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah.

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.

Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Tangguh hasrat berdakwah, Bob Lokman masuk hospital semula
Get well soon abang Bob!

Bob Lokman dimasukkan ke hospital sekali lagi
Menurut isteri Bob, Relawati Daud keadaan penulis lirik itu yang menghidapi penyakit buah pinggang bertambah membimbangkan apabila dia menerima kesan alahan selepas mengambil ubat.