KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju menaikkan had jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada RM6,800 kepada RM8,000 bagi setiap semester bagi pelajar B40 melanjutkan program diploma di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, berkata perkara itu tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS berkenaan mulai tahun 2021.
"Pada masa sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS daripada keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021," katanya.
Selain itu, beliau berkata kementerian akan mengkaji cadangan untuk mengecualikan faedah pinjaman dan diskaun bayaran balik dalam tempoh moratorium selain memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.
"Perkara itu masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan sebab apa juga tindakan oleh PTPTN adalah tertakluk juga kepada kelulusan Kementeri Kewangan kerana sumber dana adalah daripada kementerian itu," katanya.
Menjawab celahan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai pemotongan Belanjawan 2021 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mencecah RM130 juta, Noraini menjelaskan pengurangan hanya melibatkan sejumlah RM3 juta atau 0.18 peratus.
Memperincikan perkara itu, beliau berkata ia berikutan jumlah peruntukan mengurus yang diterima UiTM pada tahun 2020 sebanyak RM1.861 bilion adalah termasuk peruntukan untuk Hospital UiTM (HUiTM), tetapi bagi tahun 2021 peruntukan itu telah diasingkan.
"Secara keseluruhannya, peruntukan untuk UiTM (tidak termasuk HUiTM) pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1.737 bilion, manakala peruntukan untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM1.733 bilion, iaitu pengurangan hanya sebanyak RM3 juta atau 0.18 peratus.
"Saya ingin maklumkan bahawa pengurangan sebanyak 0.18 peratus ini akan ditampung oleh pihak kementerian melalui penjimatan dalaman yang dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020
Perkara itu tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS berkenaan mulai tahun 2021.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
PEKEMA dan UPM bekerjasama, taja biasiswa bagi pelajar B40 cemerlang
Inisiatif tersebut bagi menyokong pelajar cemerlang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dalam meneruskan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.
GISB: KPT beri kerjasama kepada polis jika terdapat pensyarah, pelajar terlibat
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata ia bagi memastikan IPT bebas daripada sebarang bentuk dakyah dibawa GISB.
430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry
Semua peminjam dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun sudah mempunyai kerjaya masing-masing.
Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.
Sistem pendidikan Malaysia tarik lebih ramai penuntut Kazakhstan
Sejak 2020, lebih 1,900 pelajar Kazakhstan telah memohon untuk belajar di Malaysia, mencerminkan peningkatan minat yang ketara.
Polis tahan remaja lelaki, disyaki rogol pelajar 16 tahun
Suspek ditahan 31 Julai lalu, ekoran laporan polis yang dibuat mangsa sekitar jam 10.26 malam, hari yang sama.
JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan
Kejadian itu dikesan sekitar jam 12 tengah hari apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.
Enam pelajar Malaysia cipta rekod pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.