KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang pada tahun ini, selepas kali terakhir akta itu dipinda pada 2020.
"Pindaan sebelum ini menjurus kepada usaha mengekang penggunaan jalan raya yang tidak selamat dengan memandu secara merbahaya, melulu, tidak cermat dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sama ada menyebabkan kematian, kecederaan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata pindaan terbaharu itu pula bertujuan untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pemandu (pemilik kenderaan) di samping meningkatkan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya iaitu berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim (sementara), daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat jual/beli kenderaan terpakai (Used Car Dealer-UCD).
Katanya ini adalah untuk melindungi kepentingan pemilik apabila mereka menjual kenderaan mereka kepada UCD, dengan memastikan pemindahan pemilikan dilakukan dengan sempurna.
Ia juga bagi membolehkan UCD memiliki pemilikan kenderaan buat sementara waktu sambil mencari pembeli baharu dan memastikan hak pengguna dilindungi.
"Pada masa ini, pertukaran hak milik kenderaan adalah bersifat kekal seperti mana ditetapkan di bawah Seksyen 13 Akta 333.
"Walau bagaimanapun secara pentadbiran semenjak 2011, proses pelaksanaan pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada UCD oleh pemilik asalnya telah dilaksanakan secara interim, iaitu tidak bersifat kekal," katanya.
Menurut Wee ia hanya akan dipindahkan secara kekal ke UCD selepas masa tertentu jika kenderaan itu tidak dijual kepada pembeli baharu oleh UCD.
Pindaan itu juga melibatkan peruntukan baharu yang membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan peralatan sistem High Speed-Weigh In Motion (HSWIM).
Menurut Wee, peralatan itu membolehkan proses merekod berat kenderaan dengan cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan boleh dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai JPJ di lokasi.
"HSWIM merupakan gabungan peralatan berasaskan sensor, kamera dan sistem algoritma komputer yang mencerap kehadiran,identiti,berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya," katanya.
Beliau menambah, pindaan terbaharu itu juga akan menyaksikan pindaan had umur pemegang Lesen Vokasional untuk penunggang motosikal yang membawa barangan termasuk kenderaan p-hailing kepada tidak kurang daripada 18 tahun, berbanding 21 tahun pada ketika ini.
Katanya ini bagi membolehkan lebih ramai mempunyai pilihan untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui perniagaan p-hailing dan platform penghantaran barangan lain.
Selain itu, pindaan tersebut turut menyentuh perihal pemandu bas persiaran atau bas pelancongan yang bakal mewajibkan mereka untuk mempunyai Lesen Vokasional yang sah bertujuan untuk menyeragamkan keperluan semasa pada masa ini kepada pemandu bas ekpress, bas sekolah dan bas henti-henti.
"Ini akan memastikan semua pemandu dilindungi dengan pengetahuan dan kecekapan semasa untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat serta bertanggungjawab kepada penumpang mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang pada tahun ini, selepas kali terakhir akta itu dipinda pada 2020. - Gambar fail/FB/Wee Ka Siong
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke
Dana bidaan nombor pendaftaran sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.