KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 sebagai penting dan akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan detik penting dalam sejarah negara, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.
"Kita sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Hajiji menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh kehadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Beliau mengulangi bahawa Majlis Khas MA63 adalah penting kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.
"Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan meneruskan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63," katanya lagi.
Semalam, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Dec 15 2021
Hajiji menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh kehadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia. - Bernama
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak tidak berhasrat jadi 'country within a country' - Abang Johari
Sarawak tidak berhasrat menjadi 'country within a country', sebaliknya Sarawak adalah Malaysia.
Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah
Kelulusan dua RUU itu selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Ada tafsiran berbeza dari sudut bidang kuasa - Fadillah
Beberapa tafsiran dari sudut bidang kuasa seperti sempadan dan tanah yang berbeza di peringkat negeri Sabah, Sarawak serta Persekutuan perlu dimuktamadkan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63
Perjanjian Malaysia (MA63) kini menunjukkan perkembangan positif terutama dalam memenuhi tuntutan asas menerusi perjanjian itu.