SARATOK: Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diluluskan Dewan Rakyat adalah bukti perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mengembalikan kedaulatan dan hak negeri itu.
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu keputusan itu juga pengiktirafan kepada semangat kesatuan negara antara Sarawak dan Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita menuntut untuk mempertahankan hak yang telah diputuskan dalam MA63 dan saya berterima kasih kerana keluhuran undang-undang itu dapat dijaga.
“Ini adalah salah satu perjuangan yang dibawa GPS untuk mempertahankan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN bagi kawasan Krian, Saratok di Dewan Serbaguna Ladang Kelapa Sawit Roban
Selatan pada Rabu.
Jelas Abang Johari hak yang dituntut negeri itu berbentuk menyeluruh bukan sahaja tertakluk kepada MA63 namun juga menyentuh kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.
“Saya mengucap terima kasih kepada semua Ahli Perlimen Malaysia yang hadir semalam dan telah meluluskan RUU MA63 di mana saya mengalu-alukan dengan pindaan itu khasnya dengan perkara 160 (2) yang menjelaskan mengenai perjanjian Malaysia dalam definisi persekutuan iaitu selain Perjanjian Tanah Melayu juga dimasukkan M63 termasuk enakmenya iaitu IGC,” katanya.
Pada Selasa, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Berdasarkan pindaan itu, Perkara 1 Perlembagaan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-negeri Persekutuan.
Ianya terdiri daripada (a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu, dan (b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.
Bacaan kali pertama rang undang-undang itu dibuat pada 3 November lalu.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Dec 15 2021
![Pindaan MA63: Bukti perjuangan GPS kembalikan hak Sarawak - Abang Jo Pindaan MA63: Bukti perjuangan GPS kembalikan hak Sarawak - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639543511_JohariSaratokMA.jpg)
Kata Abang Johari (gambar), keputusan itu juga pengiktirafan kepada semangat kesatuan negara antara Sarawak dan Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hubungan Persekutuan-Negeri, jemaah menteri ingatkan Perlembagaan jadi asas Hubungan Persekutuan-Negeri, jemaah menteri ingatkan Perlembagaan jadi asas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716979680_FahmiFadzil.jpg)
Hubungan Persekutuan-Negeri, jemaah menteri ingatkan Perlembagaan jadi asas
Perlembagaan Persekutuan jadi asas dalam menjamin hak negeri dan menentukan hubungan antara Kerajaan Pesekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri.
![Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700312272_MohamadAsfiaAwang.jpg)
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
![Ahli Parlimen harap nasib, hak Sabah dan Sarawak dapat perhatian berterusan kerajaan Ahli Parlimen harap nasib, hak Sabah dan Sarawak dapat perhatian berterusan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
Ahli Parlimen harap nasib, hak Sabah dan Sarawak dapat perhatian berterusan kerajaan
Mereka cadangkan pemahaman rakyat terhadap kandungan dan impak MA63 ditingkatkan supaya tiada pihak mencetus sentimen kenegerian.
![MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63 MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637928456_NIZAMAbuBakarTiti.jpg)
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
![Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701239561_TBAnwarIbrahimj.jpg)
Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
![Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM12.4 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, komited realisasikan MA63 Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM12.4 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, komited realisasikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656104041_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM12.4 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, komited realisasikan MA63
Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk menzahirkan kesepakatan yang dicapai dalam MA1963.
![Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696655778_TBAhmadMaslan.jpg)
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
![Sabah harap penurunan kuasa bidang pendidikan, kesihatan dimuktamad - Hajiji Sabah harap penurunan kuasa bidang pendidikan, kesihatan dimuktamad - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673495368_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Sabah harap penurunan kuasa bidang pendidikan, kesihatan dimuktamad - Hajiji
Penurunan kuasa yang memberi tumpuan kepada aspek pentadbiran dan pengurusan itu, akan lebih memudahkan kerajaan Sabah melaksanakan seterusnya mempercepat setiap projek pembangunan pendidikan.
![60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa 60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690001870_TBAbangJohariOpeng.jpg)
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
![Hak 40 peratus hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji Hak 40 peratus hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684822663_HajijiNoor.jpg)
Hak 40 peratus hasil bersih: Pemberian khas RM300 juta bukti Sabah di landasan betul - Hajiji
Hajiji Noor berkata Sabah menyambut baik keputusan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.