KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah diluluskan di Dewan Rakyat.
RUU telah memasukkan pembaharuan penting yang akan memberi kesan yang positif kepada berjuta-juta pekerja dan keluarga di seluruh negara.
Namun di sebalik progres, menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) masih wujud jurang dan masih banyak isu yang perlu ditangani.
Yang amat mendesak ialah perintah Menteri untuk meminda Jadual Pertama (yang mentakrifkan siapa pekerja, dan kepada siapa akta itu terpakai) mesti disegerakan tanpa berlengah.
1. 98 hari cuti bersalin
Pada mulanya RUU ini meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Semasa perbahasan, Dewan Rakyat telah menambah kepada 98 hari – selaras dengan piawaian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Ini akan membantu memastikan ibu yang bekerja mempunyai masa yang mencukupi untuk pulih dan menjaga bayi yang baru lahir.
2. Tujuh hari cuti paterniti
RUU pada mulanya memperkenalkan tiga hari cuti paterniti.
Semasa perbahasan, Dewan Rakyat menambah lagi kepada tujuh hari. Mewujudkan cuti paterniti merupakan satu pembangunan dasar yang penting dan tujuh hari adalah satu langkah awal yang baik.
Cuti paterniti akan membantu bapa-bapa memainkan peranan penting semasa hari pertama selepas bersalin, dan ini juga akan membantu untuk mengubah norma bahawa lelaki memainkan peranan yang sama di rumah.
3. Kepada siapa Akta terpakai (upah siling)
Seksyen 44A dan 81G – yang melanjutkan faedah bersalin dan perlindungan gangguan seksual kepada semua pekerja tanpa mengira pendapatan – telah dipadamkan.
Pernyataan penjelasan RUU menyatakan ini adalah kerana had gaji menyeluruh sedang disemak atau ditarik balik. Dalam ucapannya di Parlimen, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyatakan had gaji akan dihapuskan melalui Perintah Menteri.
Sekiranya Perintah itu tidak dilaksanakan, Akta ini tidak akan terpakai kepada pekerja yang berpendapatan melebihi RM2,000. Oleh itu, pihak Kementerian mesti mengeluarkan Perintah untuk penelitian dan penggubalan tanpa berlengah.
4. Perlindungan dari pemberhentian semasa kehamilan
RUU melarang majikan daripada memberhentikan pekerja apabila hamil, kecuali dalam keadaan tertentu. Malah, menjadi tanggungjawab majikan untuk membuktikan bahawa pemberhentian itu bukan disebabkan oleh kehamilan.
Ini sangat dialu-alukan, walaupun RUU ini masih tidak melindungi daripada diskriminasi semasa pengambilan kerja.
5. Memansuhkan sekatan ke atas kerja wanita
RUU telah memadamkan peruntukan untuk menyekat wanita untuk bekerja pada waktu malam dan kerja ‘underground’.
Walaupun ini dialu-alukan – kerana menyekat kerja wanita menjejaskan hak ekonomi wanita – kita mesti memastikan dasar dapat dilaksanakan untuk memastikan ruang yang selamat untuk wanita – sebagai contoh majikan dikehendaki menyediakan pengangkutan yang selamat untuk pekerja wanita.
6. Proses untuk melaporkan diskriminasi
RUU ini telah memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk menyiasat pertikaian di antara majikan-pekerja mengenai diskriminasi. Walau bagaimanapun:
- RUU ini tidak melarang diskriminasi. Majikan boleh dihukum kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah, selepas siasatan dijalankan. Namun majikan tidak akan dihukum kerana melakukan diskriminasi.
- Terma diskriminasi tidak ditakrifkan. Diskriminasi perlu ditakrifkan untuk memasukkan diskriminasi langsung dan tidak langsung – dan alasan kepada diskriminasi (termasuk gender, agama, kaum, atau ketidakupayaan) perlu dinyatakan.
- RUU tidak memasukkan perlindungan terhadap diskriminasi ke atas pencari kerja. Ini bermakna majikan boleh mendiskriminasi semasa proses pengambilan kerja – sama ada atas dasar gender, kaum, agama, ketidakupayaan, atau status yang lain.
7. Kembali bekerja semasa cuti bersalin
Seksyen 37aa sedang disemak. Seksyen 37aa membenarkan wanita yang tidak layak mendapat gaji cuti bersalin untuk kembali bekerja semasa tempoh bersalin (untuk mencari pendapatan), sekiranya dirasakan sesuai.
Cadangan baru dalam Seksyen 37aa akan membenarkan mana-mana wanita (termasuk wanita yang layak mendapat gaji cuti bersalin) untuk kembali bekerja semasa tempoh cuti bersalin.
Walaupun ini memberi wanita pilihan di atas kertas, kami menggesa agar kerajaan mengambil langkah untuk memastikan bahawa pekerja wanita tidak dipaksa untuk kembali bekerja awal.
8. Gangguan Seksual
RUU ini memerlukan majikan menyiarkan notis bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual, meningkatkan denda bagi majikan yang tidak mematuhi peruntukan gangguan seksual seperti dalam Akta.
Peruntukan gangguan seksual dalam AKta Kerja kekal lemah dan skop yang terhad.
Untuk menangani gangguan seksual, RUU Anti-Gangguan Seksual 2021 mesti ditambah baik dan diluluskan dengan segera.
*Sumber kenyataan media oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Kenyataan Media
Wed Mar 23 2022

WAO bersama rakan kongsi telah menjalankan beberapa inisiatif untuk menambah baik undang-undang ke arah meningkatkan kesamarataan gender di Malaysia, - Gambar fail

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon