PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yakin pindaan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) mampu memperluas bidang kuasa jabatan itu.
Ketua Pengarahnya Saiful Yazan Alwi berkata setakat ini, perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.
Beliau berkata jika pindaan itu diluluskan, pihaknya yakin ia mampu memperluas dan mengukuhkan bidang penguatkuasaan mereka.
"Setakat ini, bidang kuasa Maqis hanya di pintu masuk, stesen serta premis kuarantin. Namun jika akta berkenaan dipinda, bidang kuasanya dapat diperluaskan di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak yang memilih Ordinan mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata melalui pindaan itu juga, Maqis dapat bergerak sendiri termasuk membuat penahanan dan pertuduhan kerana sebelum ini, jabatan tersebut bergantung kepada kerjasama agensi lain seperti polis, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Kita yakin sekiranya pindaan akta itu diluluskan, maka tugasan serta bidang kuasa Maqis akan lebih luas termasuk membolehkan serbuan dan pemeriksaan dilakukan di gudang atau premis yang disyaki (melakukan kegiatan penyeludupan)," katanya kepada pemberita di Kompleks Maqis Rantau Panjang hari ini.
Mengulas lanjut, Saiful Yazan berkata Maqis juga merancang menambah kekuatan dari segi keanggotaan dalam masa terdekat bagi memastikan penguatkuasaan jabatan itu lebih berkesan.
Beliau berkata buat masa ini, Maqis mempunyai 545 anggota di seluruh negara dan jumlah itu tidak mencukupi bagi melaksanakan tugasan.
Katanya Maqis juga sudah memperoleh kelulusan bagi 56 senjata api untuk digunakan anggota jabatan itu dalam tugas penguatkuasaan khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Saiful Yazan berkata setakat ini, perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor direman lima hari
Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

MAQIS rampas 640kg cili merah dari China tiada permit import
Terdapat 102 bakul cili merah besar di dalam sebuah kontena sayuran dari China yang tidak mempunyai permit import.

Malaysia bebas penyakit African Swine Fever, pemeriksaan ketat diteruskan
Sim berkata penumpang yang datang khususnya dari China, Hong Kong, Macau, Vietnam, Kemboja dan Laos akan diperiksa dengan lebih teliti supaya kemasukan daging dan produk khinzir dapat dihalang.