KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu memilih golongan pemimpin yang tidak terdiri daripada mereka yang hanya memandang kekayaan dan kuasa.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin perlu datang daripada golongan yang mengambil berat nasib orang Melayu dan berani mewujudkan dasar-dasar yang memperkayakan serta membantu orang Melayu.
"Ada orang politik yang baik, tak curi duit, tak didakwa di mahkamah. Penjenayah seperti ini kita boleh tolak.
"Kita harap di masa depan kerajaan dapat ditukar dan terdiri daripada mereka yang tidak dihukum sebagai penjenayah oleh mahkamah.
"Penjenayah sekarang tidak macam dahulu, pakai neck tie, masuk Dewan Rakyat ajar kerajaan macam mana nak memerintah. Fikirkanlah apa hasil kalau kerajaan terima nasihat daripada penyamun.
"Kena sedar, jangan sebab bosan dengan politik, kita tidak keluar mengundi sebab yang keluar nanti adalah mereka yang terima sogokan daripada parti penyangak. Mereka keluar sebab dapat duit dan yang menang ialah penyangak.
"Yang tidak mengundi tak dapat apa-apa, mereka yang disogok dengan wang akan pilih penjenayah sebagai pemimpin," katanya ketika berucap pada sesi Negarawan Bersama Warga Kampung Baru semalam.
Bekas perdana menteri itu berkata, jika pemimpin tidak berintegriti terus diberi peluang, proses memulihkan negara akan menjadi sukar kerana golongan itu akan menggunakan kuasa dan jentera kerajaan untuk terus menindas rakyat.
Tambah Dr Mahathir, beliau bersimpati dengan situasi penduduk Kampung Sungai Baru yang berdepan rancangan pembangunan, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai kuasa.
Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru bermula sejak 2016 lagi.
Baru-baru ini, penduduk di situ menerima notis mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang memaksa mereka beredar dari tanah itu.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menegaskan perkongsian adil haruslah mempunyai pertimbangan sama rata, tetapi tidak bermakna ia membenarkan monopoli sesebuah kaum sahaja.
"Kita rela kongsi negara kita ini dengan kaum lain, tetapi perkongsian kena adil, menimbang hak masing-masing.
"Perkongsian tidak bermakna satu kaum dapat segala-galanya, manakala kaum lain tidak dapat apa-apa.
"Kita tidak salahkan mereka yang dapat banyak peluang tetapi kita dapati peluang yang diwujudkan itu tidak dapat dinikmati orang Melayu, membuatkan mereka jadi semakin miskin.
"Antara yang kita ada ialah tanah, tidak besar, satu ekar, dua ekar atau setengah ekar, biasanya itu sahaja harta.
"Tetapi kerana kita miskin, kita terpaksa jual. Kena ingat, kalau kita jual sehingga luasnya kawasan yang bukan dimiliki kita, kemiskinan kita tidak dapat diatasi, jadi sebab itu pemilikan tanah jadi isu yang perlu diberi perhatian," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Sun Jul 31 2022

Dr Mahathir berkata jika pemimpin tidak berintegriti terus diberi peluang, proses memulihkan negara akan menjadi sukar. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.