KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini bertukar wajah apabila dihias ceria bagi meraikan Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Dari pintu masuk sehingga ke pintu keluar, PPV tersebut dipenuhi dengan belon dan ruang gambar yang berkonsepkan kanak-kanak.
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding pemberian vaksin untuk golongan dewasa.
"Sudah tentu apabila melihat kepada kanak-kanak kita harus memperlihatkan ekosistem keceriaan dengan corak dan juga kaedah khususnya bagi memastikan kanak-kanak yang datang meraikan suasana kanak-kanak.
"Lebih-lebih lagi mereka akan datang dengan ibu bapa dan sudah tentu, suasana kondusif ini, pihak WTCKL telah berusaha dalam memastikan pertamanya, coraknya berbeza dengan dewasa dan dengan suasana keceriaan yang berunsurkan kanak-kanak," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Selain itu, Irmohizam berkata WTCKL turut menyediakan laluan khas bagi memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin.
Ia bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan, dan memberikan keselesaan buat kanak-kanak.
"Suasana di sini amat selamat, kerana dari segi pengudaraan pun saya telah dinyatakan banyak kali bahawa sistem pengudaraan berada di tahap kesihatan yang amat baik, berasaskan laporan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Kementerian Kesihatan (KKM)," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata, PPV tersebut akan memberikan suntikan kepada 600 kanak-kanak sehari melalui tiga stesen penganjur penjagaan kesihatan (HCO).
Irmohizam turut mengingatkan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka agar tidak berada terlalu lama di PPV WTCKL bagi mengelakkan kesesakan.
PICKids disasarkan kepada 4.1 juta kanak-kanak dilaksanakan bermula di Lembah Klang sebelum ia diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 03 2022

Suasana di dalam PPV WTCKL yang dihiasi dengan belon bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding pemberian vaksin untuk golongan dewasa. - Gambar Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.