Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan menderma RM1 juta kepada beberapa buah rumah anak yatim di Johor.

Ini adalah susulan kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Konfederasi Asia (AFC) baru-baru ini.

Hal berkenaan diumumkan baginda dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda.


"Alhamdulillah, we have won the Asian Football Confederation Cup! This was made possible because of your prayers and, of...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on

Baginda turut bertitah, anakandanya, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, akan mendermakan sejumlah wang kepada semua masjid di Johor sebagai melunaskan nazarnya yang dibuat sebelum ini.

Dalam status yang sama, Sultan Ibrahim juga meluahkan rasa bangga baginda dengan kejayaan JDT dan menyifatkannya sebagai kejayaan bangsa Johor.