Pakatan Harapan (PH) Sarawak hari ini menyatakan pendirian menolak Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 (LCAB) yang dijadual dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, esok.
Rang undang-undang itu sangat penting dalam usaha kerajaan negeri untuk meminda Kanun Tanah negeri ini sebagai suatu cara untuk menyelesaikan isu 'Pemakai Menua' (rizab hutan komunal) dan 'Pulau Galau' (domain wilayah), khususnya berkaitan definisinya yang dikatakan berbeza dalam kalangan komuniti Bumiputera di negeri ini.
Timbalan Pengerusi PH Sarawak Baru Bian berkata rang undang-undang itu tidak mengiktiraf dan memperakui ciri-ciri asasi 'pemakai menoa' dan 'pulau galau' seperti yang diperakukan dalam kes penting oleh bidang kuasa lain.
Katanya, LCAB dengan jelas memperuntukkan pengiktirafan hanya bagi 'hak usufruktuari', yang ditakrifkan sebagai 'hak atau hak istimewa yang diamalkan atau dinikmati masyarakat pribumi terhadap sesuatu domain wilayah pribumi untuk mencari rezeki, termasuk menangkap ikan dan berburu.
"...hak orang asal ini termasuklah kepentingan terhadap tanah, dan bukan semata-mata merupakan suatu hak usufruktuari, yang bermaksud hanya hak terhadap tanah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
"Kedua, setakat keluasan yang dibenarkan diberi kepada masyarakat pribumi di bawah konsep ini hanya terhad kepada 500 hektar. Pendirian kami ialah tanah NCR, atau Pemakai Menoa dan Pulau Galau, tidak boleh disekat atau dihadkan kepada sesuatu kawasan yang diberi takrifan oleh pihak berkuasa sahaja," katanya.
Baru, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata keluasan domain wilayah berkenaan perlulah sama dengan keluasan kawasan yang didiami masyarakat pribumi secara berterusan sejak zaman nenek moyang mereka dahulu, hinggalah masa kini.
Menurut Baru, LCAB itu juga memperuntukkan bahawa permohonan pengiktirafan terhadap domain wilayah itu perlu dibuat melalui Penguasa Tanah dan Ukur serta perlu mendapat kelulusan daripada pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.
"Pendirian kami ialah penentuan tentang adat masyarakat pribumi Sarawak tidak boleh diputuskan supaya turut merujuk kepada mereka yang bukan pribumi atau seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang "adat" berkenaan. Dalam hubungan ini, cadangan kami agar Suruhanjaya Tanah Pribumi, yang dianggotai pakar dalam bidang adat resam masyarakat pribumi untuk menangani isu ini, wajarlah dilaksanakan," katanya.
"Kami maklum tentang sisi positif daripada cadangan pindaan itu daripada aspek keberkekalan hak milik yang dikeluarkan untuk sesuatu domain wilayah, tetapi ini sahaja tidak boleh mewajarkan wujudnya sesuatu yang tidak munasabah tentang aspek utama pindaaan itu seperti yang disebut tadi," katanya.
Baru berkata PH Sarawak mendapati satu sidang akhbar perlu diadakan hari ini dan beliau serta pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri esok kerana berada di Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 10 2018
![PH Sarawak tolak pindaan RUU Kanun Tanah PH Sarawak tolak pindaan RUU Kanun Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528698094_BaruBian.jpg)
Rang undang-undang itu tidak mengiktiraf dan memperakui ciri-ciri asasi 'pemakai menoa' dan 'pulau galau' seperti yang diperakukan dalam kes penting oleh bidang kuasa lain. - Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673508861_LaluanBudukNur.jpg)
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
![[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian [RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646803293_HenrySumAgong.jpg)
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
![PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639827407_BaruBian.jpg)
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
![PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638938077_BaruBian.jpg)
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
![PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638706835_JosephEntuluBelaun.jpg)
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
![PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/51553353530_TBBIAN.jpg)
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
![PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636088659_PKRSarawak.jpg)
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
![Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590829607_BaruBian.jpg)
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
![Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590829607_BaruBian.jpg)
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
![Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12? Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615289541_partisarawakbersa.jpg)
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?