KANGAR: Pesara polis di negeri ini menasihati petugas barisan hadapan khususnya anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang musim Aidilfitri dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar berhati-hati kerana terdedah dengan virus COVID-19.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Skuad 69 Malaysia Cawangan Perlis DSP (B) Hassan Othman berkata, walaupun tugas di SJR nampak mudah pada pandangan umum, hakikatnya ia lebih berbahaya daripada menghadapi penjenayah kerana virus COVID-19 tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Saya harap anggota polis yang ditugaskan menjaga SJR sepanjang tempoh PKP yang bermula hari ini lebih berhati-hati dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar tidak terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19," kata pesara polis berusia 72 tahun itu kepada Bernama di sini hari ini.
Menceritakan pengalamannya pernah berkhidmat selama 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hassan berkata beliau pernah berdepan dengan pelbagai penjenayah termasuk penyeludup dan penculik namun, cabaran anggota polis di SJR lebih besar dan berisiko kerana mereka berdepan dengan musuh yang tidak nampak iaitu virus.
Sarjan (B) Abdul Halim Puteh, 71, dari Simpang Empat dekat sini pula yang putus kaki akibat terpijak jerangkap samar komunis di Pahang semasa berkhidmat dengan pasukan Komando Vet 69 PDRM satu ketika dahulu berkata pada masa itu, beliau berhadapan dengan musuh yang boleh dilihat.
"Namun, para petugas barisan hadapan di SJR sekarang perlu lebih berhati-hati kerana mereka berdepan dengan 'musuh ghaib' yang tidak boleh dilihat dengan mata tetapi bahayanya lebih besar sehingga membawa maut iaitu virus COVID-19," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebajikan Skuad 69 Sarjan Yahya Dali, 71, dari Beseri turut menasihati anggota polis yang terpaksa bertugas di pagi raya agar tabah dan jangan bersedih kerana tidak dapat bersama keluarga tercinta.
"Pada pendapat saya pengorbanan anggota polis yang bertugas di SJR lebih besar daripada kami kerana mereka sanggup pertaruhkan bukan hanya nyawa diri sendiri malah juga nyawa keluarga berdepan dengan risiko jangkitan COVID-19," katanya,
Beliau yang berkhidmat 37 tahun dalam PDRM bersama Pasukan Polis Hutan dan Cawangan Tugas Am PDRM pernah bertempur dengan komunis, tetapi mengakui musuh sekarang iaitu virus COVID-19 lebih bahaya daripada komunis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
![Petugas barisan hadapan terdedah dengan COVID-19 perlu berhati-hati - Pesara polis Petugas barisan hadapan terdedah dengan COVID-19 perlu berhati-hati - Pesara polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620802458_SJRTolBentongKom.jpg)
Walaupun tugas di SJR nampak mudah pada pandangan umum, hakikatnya ia lebih berbahaya daripada menghadapi penjenayah kerana virus COVID-19 tidak dapat dilihat dengan mata kasar. - Gambar fail
![Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722391710_imuda.jpg)
Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan
Anugerah yang diterima merupakan penghargaan dan penghormatan kepada seluruh anak seni di negara ini khususnya anak jati Pulau Pinang.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menembusi paras RM4.61, paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
![Gerai Uptown Danau Kota terbakar Gerai Uptown Danau Kota terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722391127_kebakaran.jpg)
Gerai Uptown Danau Kota terbakar
Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan memaklumkan kebakaran itu sekitar pukul 7.02 pagi ini.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 31 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.22 mata kepada 1,624.78, bergerak antara paras 1,611.94 dan 1,629.37 sepanjang sesi dagangan. Bagaimana prestasi pembukaan Bursa Malaysia hari ini?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 31 Julai 2024
Ringgit melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada 4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6350/6375 pada Isnin.
Kerjaya era baharu, bangkit dari krisis
Ekonomi Malaysia pada 2023 kekal dengan pertumbuhan yang stabil, membawa kepada kedudukan pasaran buruh yang berdaya tahan didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, peningkatan aktiviti pelancongan, pemulihan projek infrastruktur, pelaburan langsung asing yang berterusan, dan potensi peningkatan perdagangan luar. Bagaimana pemulihan ekonomi Malaysia telah membuka pelbagai prospek serta mendorong penyertaan dalam pasaran buruh?
AWANI Pagi: Masalah Kulit Akibat Gula Berlebihan: Antara Mitos Dan Realiti
Diskusi #AWANIpagi Rabu bersama Pakar Dermatologi, Dr Nazirin Ariffin Marsya Roslan membincangkan antara mitos dan realiti perkaitan masalah kulit disebabkan pengambilan kadar pengambilan gula dalam badan.
#AWANInews
#AWANInews
![749 ditahan di Venezuela kerana merusuh 749 ditahan di Venezuela kerana merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722387613_MariaCorinaMachado.jpg)
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
Bilangan penduduk bekerja meningkat 4.3% pada 2023
Mengulas lebih lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja terus berada dalam trend pertumbuhan positif, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 4.3 peratus kepada 15.81 juta orang berbanding tahun sebelumnya (2022r: 2.2%; 15.16 juta orang) - DOSM.
![Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722389167_SultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
![Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior dibebaskan dengan jaminan polis Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722310139_DatukAziziMatAris.jpg)
Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua mereka dibebaskan petang semalam selepas pihak polis mengambil keterangan.
![Polis mohon bantuan kesan Mohd Rizal Polis mohon bantuan kesan Mohd Rizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Mohd Rizal
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 25 Jun lepas.
![Polis cari remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik Polis cari remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722253230_TBREMAJAKERETA.jpg)
Polis cari remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Polis menyiasat rakaman video tular seorang remaja lelaki memandu kereta dengan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan taman perumahan.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
![Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721957344_ArcdeTriomphe.jpg)
Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan
Polis Perancis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris.
![Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000 Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721819746_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
![Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81580531978_suamiisterigaduh.jpg)
Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru
Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam.
![Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721551888_MohammadZokoria.jpg)
Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis
Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan suapan RM250 kepada seorang pegawai polis minggu lepas.
![Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis.
![KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti dalam kalangan anggota dan pegawai polis.