KUALA TERENGGANU: Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan suapan RM250 kepada seorang pegawai polis minggu lepas.
Mohammad Shakir Mohammad Zokoria, 27, didakwa memberikan suapan wang itu kepada seorang inspektor yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 15 Julai di Balai Besar Alor Tempoyak, Dungun.
Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk tidak menangkapnya atas kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Barang-Barang Terpakai 1946, iaitu tidak mempunyai lesen untuk melakukan aktiviti perniagaan barangan lusuh.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Norashima Khalid turut menetapkan hukuman enam bulan penjara sekiranya Mohammad Shakir gagal membayar denda, bagaimanapun dia membayar denda terbabit.
Mahkamah turut membenarkan wang rasuah RM250 itu dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Raihan Mohd Yusof manakala Mohammad Shakir tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
![Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721551888_MohammadZokoria.jpg)
Mohammad Shakir Mohammad Zokoria, 27, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - Gambar/ Bernama
Hari Sarawak: Belia mahu kemakmuran negeri dinikmati bersama
Walaupun Sarawak sudah diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi, golongan belia negeri itu berharap nikmat itu turut dirasai rakyatnya sendiri, terutama melalui peluang pekerjaan kepada semua lapisan masyarakat dengan gaji bermaruah.
![9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM 9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721558490_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
9 dirakam keterangan kes bahan api hilang di pangkalan udara PGU PDRM
Polis telah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.
![Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721558610_hilang.jpg)
Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.
![Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721557127_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober
Pasukan khas akan meneliti secara keseluruhan sebelum membuat pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
![Waspada ancaman pancingan susulan gangguan global CrowdStrike - CSM Waspada ancaman pancingan susulan gangguan global CrowdStrike - CSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663074220_CyberSecurityMalays.jpg)
Waspada ancaman pancingan susulan gangguan global CrowdStrike - CSM
Hati-hati jika terima panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau permintaan memuat turun kemas kini perisian.
![Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721559444_thailaosrailway.jpg)
Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi
Kereta api pertama berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada Sabtu.
![Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721558695_AhmadZahid.jpg)
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
![Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721555057_tbNurFarahKartini.jpg)
Polis masih tunggu keputusan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini
Polis masih lagi menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
![Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721557031_LelakilemasdiPant.jpg)
Lelaki lemas di Pantai Batu Layar, seorang masih hilang
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26, ditemui pada jam 3.19 petang.
Pyongyang cetus kemarahan Korea Selatan, Seoul beri amaran
Ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan terus meningkat susulan tindakan terbaharu Pyongyang yang menghantar belon berisi sampah ke sempadan negara itu.
![Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721551888_MohammadZokoria.jpg)
Buruh Myanmar didenda RM5,000 beri suapan kepada polis
Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan suapan RM250 kepada seorang pegawai polis minggu lepas.