Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 pagi, sebelum pasukan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi.
"Operasi pemadaman kebakaran itu dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan dibantu BBP Setapak membabitkan kekuatan 14 anggota.
"Setiba di lokasi kejadian, bomba mendapati lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju (Uptown Danau Kota) terbakar.
"Kesemua gerai terbabit musnah 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Bomba berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.