Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyangkal laporan berita bertajuk "Malaysian energy giant's board at odds with prime minister over payment to Sarawak state."
Dalam satu kenyataan, Petronas berkata, dakwaan konflik yang berlaku melibatkan perdana menteri, Petronas dan para pemegang sahamnya hanya laporan spekulatif tanpa asas.
"Petronas sekali lagi ingin mengulangi bahawa sejajar dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 8 Mei 2020, Petronas dengan kerjasama pemegang sahamnya kini dalam proses perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak untuk mencapai penyelesaian komersial yang sesuai," katanya dalam kenyataan itu.
Syarikat minyak nasional itu berkata ia akan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya di Sarawak dan pihak berkepentingan untuk mencapai hasil terbaik dalam perkara ini.
"Hasrat kami untuk mencapai resolusi yang akan memacu kepada persekitaran perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil dan selesa dalam industri minyak dan gas, yang menjadi sangat penting berikutan cabaran pasaran semasa," katanya.
Pada bulan lepas, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak dalam kenyataan bersama berkata syarikat gergasi minyak itu telah bersetuju membayar cukai jualan ke atas produk petroleum yang dikenakan oleh Sarawak sebanyak RM2 bilion bagi 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020

Syarikat minyak nasional itu berkata ia akan terus komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya di Sarawak. Gambar fail/ Astro AWANI

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh atas faktor kesihatan - SPRM
Menurut sumber, kesihatan Ahli Parlimen Bera itu berada pada tahap rendah dan beliau juga memiliki sijil cuti sakit.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.

Abang Johari adakan lawatan ke tiga negara Eropah bermula Isnin
Lawatan ke Sweden bertujuan menanda aras perundangan dan pelaksanaan ombudsman di negara itu.

Pasukan petugas khas akan ditubuh pastikan pengambilalihan lancar MASWings
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.

Sarawak komited capai status bebas rabies menjelang 2030 - Dr Sim
Kerajaan Sarawak kekal komited untuk menghapuskan wabak rabies menjelang 2030, selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

LTAT jual 112.56 juta saham Affin Bank kepada entiti kerajaan negeri Sarawak
Ia menjual saham itu, yang mewakili 4.95 peratus daripada jumlah saham terbitan, dengan pertimbangan tunai RM1.97 sesaham.

Isu 'Datuk': Abdul Karim terima ugutan bakar rumah
Namun, Abdul Karim tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.

Sarawak bina gelanggang kriket, ragbi bertaraf antarabangsa bernilai RM13 juta
Beliau berkata pembinaan yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri itu akan dibina di atas tanah seluas 4.45 hektar.

GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis
Kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh berfungsi sebagai kerajaan interim bagi memerintah negeri itu sekiranya tempoh darurat terpaksa dilanjutkan.

MKN mohon Sarawak pendekkan tempoh kuarantin 14 hari bagi sambutan Krismas
Kerajaan memohon agar kerajaan negeri Sarawak melonggarkan syarat kuarantin 14 hari yang dilaksanakan ketika ini menjelang sambutan Krismas.