KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan kerja selama seminggu ke Sweden, Norway dan London bermula Isnin.
Menurut kenyataan daripada pejabatnya yang dikeluarkan lewat malam tadi, lawatan ke Sweden bertujuan menanda aras perundangan dan pelaksanaan ombudsman di negara itu.
"Sebelum ini, Premier telah memaklumkan hasrat kerajaan Sarawak untuk mengukuhkan peranan dan fungsi ombudsman melalui penggubalan Ordinan Ombudsman Sarawak dengan menjadikan Sweden sebagai model," menurut kenyataan itu.
Sweden dipilih sebagai rakan penanda aras kerana negara itu terkenal dengan legasi yang kaya dan terhormat dalam menegakkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia, ketelusan dan akauntabiliti.
"Institusi ombudsman (di Sweden) yang dipandang tinggi memainkan peranan penting dalam melindungi hak dan kepentingan rakyat, di samping menggalakkan tadbir urus yang baik dan pentadbiran awam yang berkesan sejak penubuhannya pada 1809," menurut kenyataan itu.
Semasa lawatan itu, Abang Johari yang akan diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, akan mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa tenaga dan pengendali kuasa di Sweden.
Sementara itu, lawatannya ke Norway pula adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan dan operasi pengawalan dan penyimpanan karbon (CCS) dan kemudahan hidrogen di Bergen.
Abang Johari akan bertemu dengan pegawai Kementerian Petroleum dan Tenaga Norway serta mengadakan perbincangan dengan pemain industri berhubung inisiatif CCS, pelepasan sifar bersih dan penyahkarbonan.
Beliau kemudian akan berlepas ke London untuk mengakhiri lawatan selama seminggu dengan mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan Shell di ibu pejabat syarikat multinasional berkenaan di ibu negara itu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan beberapa pegawai tinggi kerajaan Sarawak dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyertai beliau dalam lawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Antara lain, lawatan Abang Johari (gambar) ke Norway adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan dan operasi pengawalan dan penyimpanan karbon dan kemudahan hidrogen di Bergen. - Facebook Sarawakku
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringkat antarabangsa - Nancy
Nancy berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung memperkenalkan Sarawak dan menjadi perhatian masyarakat peringkat antarabangsa.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
2025: Sarawak perlu melangkah dengan semangat baharu - Abang Johari
Tahun 2025 merupakan peluang buat seluruh warga Sarawak untuk melangkah dengan semangat baharu demi membawa kemajuan kepada Bumi Kenyalang.
Pengambilalihan MASwings tangguh ke suku pertama 2025 sebab percanggahan penilaian aset - Premier Sarawak
Abang Johari menjelaskan persetujuan telah dicapai secara prinsip antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dan MAVCOM.
Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD - Premier
Pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu siap.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.