KANGAR: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, atas pertuduhan mendera anak tiri di sebuah rumah di Jejawi, Arau pada awal bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Sofi Ramli, 31, mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sofi didapati menganiaya kanak-kanak berusia enam tahun dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada mangsa di Alor Lanchang, Jejawi Dalam, Arau antara 8 hingga 14 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Jun Keong bagaimanapun dalam permohonannya meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan dilarang sama sekali mendekati mangsa dalam tempoh jaminan itu.
Syed Muhammad Anwar bagaimanapun menganggap jaminan RM20,000 adalah terlalu tinggi buat anak guamnya dan merayu pertimbangan mahkamah agar dapat memberikan jaminan yang minimum.
Ini disebabkan anak guamnya hanya mengusahakan bendang padi dengan pendapatan yang tidak menentu selain menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak kecil masih bersekolah.
Selain itu, Syed Muhammad Anwar berjanji anak guamnya itu juga akan sentiasa melapor diri ke balai polis berdekatan dan tidak akan mendekati mangsa ketika berada dalam tempoh jaminan mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat selain tidak dibenarkan mendekati mangsa selama tempoh jaminan.
Mangsa kini sudah ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
Mahkamah menetapkan 3 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 30 2023

Muhammad Sofi tiba di Mahkamah Sesyen Kangar pagi tadi bagi menghadapi tuduhan mendera anak tirinya. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri
Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi tahun lalu.

Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri
Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kangar hari ini, atas pertuduhan mendera anak tiri di sebuah rumah di Jejawi, Arau pada awal bulan Mac.

Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak pertengahan tahun lepas.

Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.

'Boy Tiger' didakwa dera, bunuh anak tiri
Lelaki berusia 31 tahun itu juga akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental selama 30 hari.