Sepasang suami isteri yang juga bapa kandung dan ibu tiri didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, di sini sejak pertengahan tahun lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 38 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan bahasa Melayu di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, T. Lohkanayagi, 38, sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu didakwa menganiaya dan mengabaikan anak tirinya itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Surirumah itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 28, tingkat 7, Ampang Jajar, Permatang Pauh di antara pertengahan 2019 hingga 9 Februari 2020 pada pukul 12.15 tengah hari.
Sementara itu, bapa kandung mangsa, P.Chadrasegaran, 36, yang juga seorang mekanik pula didakwa telah mengabaikan, mendedahkan dan membiarkan anak kandungnya didera sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada tarikh, tempat dan masa yang sama.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya J. G. Kaameni manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.
BACA: Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata direman
Terdahulu semasa prosiding, Kaameni tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.
Bagaimanapun , surirumah berkenaan, merayu kepada mahkamah agar diberikan jaminan dengan alasan masih mempunyai tujuh anak yang memerlukan jagaannya selain seorang yang masih kecil dan sakit.
Hakim kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Pada Ahad, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan cedera teruk di bahagian mata dan muka dipercayai didera ibu tirinya.
Kanak-Kanak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pertubuhan Malaysian Tamilar Kural selepas menerima laporan daripada penduduk di perumahan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 14 2020

T. Lohkanayagi (kanan) dan P.Chadrasegaran masing-masing ibu tiri dan bapa kandung mangsa kanak-kanak yang didera didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak pertengahan tahun lepas.