ALOR SETAR: Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri berusia tiga bulan di kediamannya, dua minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Nasyran Zamzury, 28, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.
Tertuduh didakwa membunuh Muhammad Annas Muhammad Nasyran di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Sungai Lintang, Mukim Padang Hang, antara pukul 9 malam, 4 Oktober 2022 hingga 1.30 tengah hari, 10 Oktober 2022.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati.
Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan kimia.
Selain pertuduhan itu, tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan di mahkamah sama dengan salah satu daripadanya adalah memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya sendiri, tanpa kebenaran pihak berwajib.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 petang, 10 Oktober lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember 2022, sementara menanti laporan patologi.
Selepas itu, tertuduh kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan bekas teman wanitanya yang kini berusia 26 tahun pada 2019.
Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, 5 Mei 2019 di sebuah bilik sewa di Jalan Meranti Off Jalan Putra.
Kes tersebut ditetapkan untuk disebut semula pada 20 November depan sementara menanti serahan semula dokumen dengan tiada jaminan ditawarkan.
Untuk pertuduhan terakhir, Mahkamah menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara terhadap tertuduh setelah dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan isterinya, Siti Nur Kamalia Kamaruddin, 22.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Oktober lalu kira-kira pukul 5 petang di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Mukim Padang Hang dekat sini.
Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.
Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nurfatin Mastura Asri manakala tertuduh hanya diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriyah Mohd Nordin untuk pertuduhan terakhir dihadapi iaitu mencederakan isterinya.
Bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi, tertuduh tidak diwakili peguam.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 20 2022
![Petani didakwa bunuh anak sendiri Petani didakwa bunuh anak sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666242150_TBBunuhbayii.jpg)
Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Nasyran Zamzury, 28, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor. - Foto Astro AWANI
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828970_tbmurderingnewborn.jpg)
Pelajar Malaysia dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh bayinya di UK
Mahkamah Mahkota Warwick menjatuhkan hukuman ke atas Jia Xin Teo, 22, pada Jumaat (25 Okt) di selepas disabitkan atas kesalahan membunuh
![Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828970_tbmurderingnewborn.jpg)
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
![Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki
Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan.
![Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi berusia setahun Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi berusia setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693976267_bunuhbayi.jpg)
Pengawal keselamatan dituduh sebabkan kematian bayi berusia setahun
Seorang pengawal keselamatan didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia setahun.
![Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41586838113_babyfoot.jpg)
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.
![Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689822273_bunuhbayi.jpg)
Pengasuh didakwa bunuh bayi berusia enam bulan
Dia didakwa telah membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Taman Tawas Indah, Chemor antara 7 Julai hingga 12 Julai lalu.
![Pasangan Korea mengaku cekik bayi hingga mati Pasangan Korea mengaku cekik bayi hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687425572_Babyhands.jpg)
Pasangan Korea mengaku cekik bayi hingga mati
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan atas tuduhan mencekik bayi mereka sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan.
![Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687926153_TBSumbangMahram.jpg)
Sumbang mahram dengan anak, lelaki dakwa 'diperintah' dukun bunuh 7 bayi kalau nak kaya-raya
Seorang lelaki dipercayai telah membunuh dan menanam hidup-hidup tujuh mayat bayi di satu kawasan hasil daripada perlakuan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.
![Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687425572_Babyhands.jpg)
Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk
Suspek dilapor membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 dan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.
![Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680751975_BUNUHBAYI.jpg)
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.