KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Liza Chan Sow Keng menarik diri daripada mendengar kes saman yang dikemukakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap firma guaman Tetuan Wong & Partners serta kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan enam lagi.
Ketika dihubungi, peguam dari Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, yang bertindak bagi pihak 1MDB dan SRC berkata semasa prosiding mahkamah melalui sidang video hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Chan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes itu kerana bekas Perdana Menteri adalah rakan beliau.
"Walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak berhubung, beliau berpendapat dia harus menarik diri daripada mendengar kes itu untuk mengelakkan sebarang syak wasangka atau dakwaan berat sebelah atau berpihak. Jadi perkara itu dikembalikan semula untuk pengurusan kes di hadapan mahkamah berbeza dan tarikh baharu akan ditetapkan tidak lama lagi," kata peguam itu.
Pada 7 Mei, SRC selaku plaintif, di bawah pengurusan baharunya, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan enam lagi atas dakwaan melakukan pecah amanah serta melanggar kewajipan statutori berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) berjumlah RM4 bilion kepada SRC.
Dalam writ samannya, SRC, yang merupakan anak syarikat 1MDB, menamakan Najib serta enam bekas pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah@Rashidi Che Omar sebagai defendan.
Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.
SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), mendakwa kesemua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah selain mendakwa bekas perdana menteri itu salah guna kuasa serta mendapat manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.
Oleh itu, plaintif menuntut deklarasi supaya kesemua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman tersebut selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC dalam writ samannya menyebut pada Januari 2019, syarikat itu telah diletakkan di bawah jagaan pegawai daripada Kementerian Kewangan (pengurusan baharu) dan setelah meneliti serta menyemak rekod SRC, mendapati bahawa pengarah terdahulu SRC tidak mengambil sebarang langkah munasabah bagi memastikan pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012 digunakan dengan betul bagi membiayai aktiviti pelaburan am syarikat itu dan keperluan modal kerja am.
Dakwa syarikat itu, pengarah terdahulu tidak memantau pelupusan berjumlah RM3.6 bilion kepada SRC BVI (dana pelaburan dicadangkan) kononnya bagi SRC melaksanakan aktiviti pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber di luar negara serta gagal memantau pendedahan Kerajaan Malaysia terhadap jaminan yang diberikan kepada SRC dan gagal menyoal siasat penyalahgunaan dana SRC.
Ia juga mendakwa, pengurusan baharu itu turut mendapati sejumlah besar pengeluaran, pemindahan dan penggunaan pinjaman KWAP adalah secara frod atau salah.
1MDB menerusi writ samannya mendakwa kedua-dua defendan secara bersama dan berasingan melanggar kewajipan statutori terhadap syarikat itu bagi pihak Najib dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low serta sekutu mereka sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak US$1 bilion.
1MDB menuntut ganti rugi US$1 bilion serta pembayaran fi perundangan sebanyak RM664,821.21.
Bernama
Tue Jun 01 2021
![Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri dengar kes saman 1MDB dan SRC Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri dengar kes saman 1MDB dan SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616160966_TBMCAPahang.jpg)
Pada 7 Mei, SRC selaku plaintif, di bawah pengurusan baharunya, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan enam lagi - Gambar hiasan
Agenda AWANI: ‘Virus’ media sosial
Jenayah dalam talian (scam, buli siber dan pedofilia) semakin menjadi-jadi, apa perlu kita buat? Apa cara nak desak pengendali platform untuk patuh terhadap undang-undang Malaysia terkait dengan pengguna media sosial? Diskusi 8.30 malam.
Anggaran 26 juta penduduk alami krisis makanan
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai situasi makanan yang semakin kritikal di Sudan
Polis sita stok bernilai €121 juta milik Amazon
Polis kewangan Itali menyita sebanyak 121 juta euro dari cawangan Itali syarikat e-dagang, Amazon atas dakwaan penipuan cukai dan ekspoitasi pekerja pada Selasa.
Tiga penduduk maut, lima hilang dalam kejadian banjir
Tiga orang terbunuh dan lima dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah utara Vietnam pada Rabu.
Anggota tentera British parah diserang
Seorang anggota tentera British mengalami kecederaan serius susulan kejadian diserang oleh seorang suspek bertopeng berhampiran sebuah berek di tenggara England pada Rabu.
Empat tan kokain dirampas oleh Paraguay
Paraguay merampas lebih empat tan kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg gula dipercayai akan dihantar ke Antwerp, Belgium pada Selasa.
Konsensus lima perkara antara fokus utama
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Buruan emas pertama negara bermula pada Khamis
Misi Malaysia untuk menamatkan penantian hampir tujuh dekad bagi pingat emas Olimpik pertama akan bermula esok apabila pertandingan memanah dimulakan, sehari sebelum upcara pembukaan temasya Olimpik Paris 2024, Jumaat ini.
Olimpik Paris: ‘Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet Malaysia’ - PM Anwar
Menerusi catatan di media sosial rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan kejayaan buat semua atlet dan menyatakan doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet di Paris.
Undang-undang, akta berkaitan jenayah siber perlu diperketatkan
Jika kerajaan benar-benar mahu memerangi jenayah siber, akta perlu ditambah baik dan jika perlu, wujudkan akta baharu kerana jenayah siber sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.
![Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718097764_FahmiFadzil.jpg)
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680061897_TBJHOLOW.jpg)
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
![Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716984836_NurAidaArifin.jpg)
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.